Sabtu, 6 Jun 2009
InFluenZa A H1N1
1. Apakah Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?
Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .
Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my
4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?
Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?
Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.
Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.
8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?
Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .
Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:
• Jika anda batuk atau bersin:
• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.
Jumaat, 5 Jun 2009
Fobia nak kene Enjet =(

p/s: Kes ke3, ke4 dan ke5 dah berlaku kat malaysia isnin lalu dimana seorg pelajar berusia 23tahun dan 2warganegara jerman yg berusia 32 dan 30 tahun yang datang melancong ke Malaysia disahkan terkena jangkitan influenza A H1N1.. Ati2 yer kawan2..
Lecturer Coming..
tik tok tik tok... neh.. zaman sekarang xder orang pakai jam tik tok lagi kan.. cuak nieyh.. most of us SSMP student lecturer da visit diorg, mumun nie blom lagi.. Later2 nanti 11hb, miss Adilah akan visit kitorg.. Hopefully nothing bad happen la kan.. mo gak score practical nie.. huhu.. Dalar 11hb petang tu plak ader kursus keselamatan makan.. 20 hb plak program NPANM.. huhu.. Da akhir2 cmnie ader lagi program, tension gak.. cukuplah, penat giler teman supervisor pilih barang.. huhu.. Sok miting kat UPK dr jam9-5ptg.. Hopefully everything is done la, xpayah wat miting lagi.. fenat2.. huhu..
Selasa, 2 Jun 2009
New Background
nak pink punye pasal.. tapi xsuke background tulisan nyer kale pink.. so kekal la pink hitam.. tapi yg sleknyer, pict background tu xder kene mengena ngan mumun k.. hehe
Sabtu, 30 Mei 2009
Missing Mode
Hari ini..
saya rasa saya rindukan seseorang..
gee.. saper tu..
biarlah rahsia..
tu jer la kot..
ntah pape kan..
hehe
Ahad, 24 Mei 2009
Kursus Roti dan Pastri
Today mumun ngan ain sekali lagi join kursus kat kolej komuniti untuk kursus roti dan pastri.. Yeay, another skill da belajar.. hehe.. kot2 pasni bley wat kedai kek, roti and pastri ker.. opp, almaklumlah kalo kat sabah slalu btol mumun masuk dalam multibake yg makin lama makin mahal tu.. padahal senang jer.. huhu.. chaiyo2! maner tau angan2 bley jadi kenyataan in case xder keje pas grade nanti.. huhu.. nak upload pict tapi macam penat sangat la arini dr kol9 sampai kol 3.30 petang baru abes.. t ea.. manyak kerja la sekarang nie..
Oh ya, jumaat lepas mumun wat persembahan koir kat dewan jubli intan kota tinggi tu.. hehe.. sebenarnya majlis nie untuk pekerja jabatan kesihatan jer tapi disebabkan mumun nie praktikal disana xpasal2 kami pun dipaksa sekali la join.. memang excited la jugak sebab teringat zaman dulu2 di matrik dimana mumun join kelab koir KMJ, banyak jugak r undangan wat persembahan maser tu.. esp mase sambutan kemerdekaan peringkat daerah muar and semasa karnival kokurikulum matrikulasi (KAKOM 2005).. t mumun update later yer.. miss sangat2 dat moment with fwen2 kat sane.. actually miss one of my close friend which yg da xbape close lagi sekarang disebabkan satu musibah.. k la.. later la.. jaa naa! adios amigos.. ntah paper..
Isnin, 18 Mei 2009
Kursus Hiasan Kek

Pada 16 hb hari tu, mama mumun ngan adik mumun si ain tu pergi kursus buat kek.. Tapi bukan diorg jer yang pergi, my dad pun pergi taw.. hehehe.. siap ader ucapan alu-aluan dari pada penyelaras program pn. Azliana to the only male contest
ant of dat kursus.. *clap*clap*
Mumun plak ader hal hari tu so xdapat la nak join.. sampai umah pun da lewat petang.. So, untuk hari ahad tu pulak ader kursus yang lain pulak.. iaitu kursus hiasan kek tahap 01.. Disebabkan abah tamau pergi plak, so mumun kene ganti tempat abah pergi kursus tu.. So, mumun ngan mama n adik mumun g la kursus tu.. Ader 19 peserta semuanya.. Mama cakap semalam (kursus buat kek) adik sangat bosan sebab yerla kitorg da kire expert la buat nie.. hehehe.. so maser yg wat hiasan kek nie benda baru untuk belajar so semalam die sangat la excited blaja, die kan kecik dptlah menyelit ke depan mo tengok betul2 how to make the cream la.. Bahan-bahan yang diperlukan adalah creamwell dan gula aising n esen vanilla jer.. Adik mumun nie kire peserta yang termuda la semalam, so sume tenaga pengajar fokus kat tempat kitorg yang memang agak fail la nak menghias macam meja sebelah yg kebanyakkannya merupakan yg da expert buat nie.. Perg
h segan tol bile bandingkan tau.. Yang group india meja seblah lagi satu pun sangat la heavy and berwarna warni kaler kek tu.. hik2..
Well, almaklumlah baru belajar.. Nie la hasil kerja tangan mumun, mama mumun ngan adik ain.. Disertakan sekali kronologi aktiviti kami sepanjang menjalani kursus ini.. *skema betul*
Nota kaki: Kehadapan adik-adikku yang lain.. sorry, we all terlupe lak nak bawak u all.. oupsie.. hehe..
First of all mesti ader kek

Mix creamwall ngan gula aising hingga sebati

Tada.. Nie la krim yg berlemak n bergule tu
(ekceli xminat pun kek aising..)

Potong dua kek yg ada and sapu cream kat tengah2 kek tu yer

K sapu pulak kat seluruh kek

K nie ain ngah posing ngan kek die

K mumun ngah fokus nie

Nie kek mama taw

Hehe kite conteng2 la aper lagi..

Nie la kek kami dalam kotak bawak balik umah
psst. sape mo makan nie???

Kek mama, tetibe Happy Father Day.. hehe

Nie plak kek adik ::Exam Fever::

Hehe.. finally, this is Mine !!
: I Love My Family :

Thanks for my mama n abah sebab 'paksa' join kursus nie.. Another full weekend.. The end dr langsung xtau.. ader gak la basic.. bersemangat lak da nie.. masalahnyer MALAS jer..
Maser mother day aritu pun mumun wat moist choc cake cume xtau nak wat topping chocnyer.. slalu wat xjadik.. hehe.. salah resipi pulak.. well this choc cake nie ader permintaan dr cikgu2 kat sekolah mama walaupun rupenyer buruk giler *hehe*

opps.. rupe xlawa sebab permukaan atas tu melekat dengan kain.. hehe
Selasa, 12 Mei 2009
Its Her Birthday !!
Kehadapan Saudari Nurul Izza Md Yusof...
Anda sudah tua!! yeahaa...
Its her birthday HAPPY BIRTDAY!!
arini 12 Mei, 22 tahun yang lalu..
lahirlah seorg bayi yg bernama Nurul Izza..
dulu kecik2 suke pakai gaun kembang wa cakap sama lu..
sekarang da len..
da jadi macho..
hehehehe..
die la member aku yg xsuke kaler pink..
and entry nie berwarna pink..
hheheheheehehehe...

Pict diatas adalah pict die sedang melompat kegembiraan menyambut birthday yang ke 22.. hahah.. tipu jer.. nie maser kitorg holiday ke Kundasang.. Miss this joyfull moment.. you guys rock!! i love you geng ronggeng..
To: Pn Sarimah Kamrin
Tarikh : 10 Mei 2009
Busy la lately nak upload new post..
Pending lak nak Dedicate kat my beloved mama..
xtau r nak start macamana..
*shy*shy*
Mama,
HAPPY MOTHER DAY

nie mama mumun
Pn. Sarimah Kamrin, Cikgu sekolah Menengah, Degree in Physic,
Tp syg, mumun xsuke fizik mase dulu2, susah tol.. Mumun rasa mumun boleh score kot cume ntah la.. cikgu yg ajar dulu xbest kots.. opss.. hehehe.. maap cikgu..
Mama mumun nie garang dan tegas.. sape tak dengar kata die, siap la.. huhu.. tatot nak wat salah lagi.. hik3.. cukup r.. serik..
Tapi disebalik tu mama mumun sebenarnya baik.. niat die cume nak jaga mumun sampai mumun boleh take care diri mumun sendiri.. sekarang nie masih xmampu lagi.. sebab duet poket pun dari mama lagi.. mama lupe bagi mumun pun jd mcm nie.. (T.T)
hehehe.. Mumun sayang mama mumun.. now mama mumun tengah demam, da 2 ari MC tatau la esok g keje ker tak.. siap kene enjet.. hik3.. semoga mama cepat baik.. mumun xle la tgk mama sakit so mumun demam pun mumun buat2 sihat t mama x susah hati..
sob3.. macam2 mama mumun buat kat mumun.. ekceli mama ngan abah mumun la.. huhu.. nak cry la pulak.. nie yg rasa nak balik and hug diorg nie.. nie time raya and nak balik sabah or balik dr sabah jer br nak hug.. *mumun jahat* huhu..
tak.. mumun tak jahat, mumun nakal dan degil ja.. huhu.. ego gak kot.. kadang2 time mama da g keje br mumun nak bangun tito.. xjumpe pun.. balik umah pun t kdg2 bley men merajuk2.. Mumun la.. iskh.. tak matang tol.. tak r.. nak manje2 jer.. huhu..
Mama, terima kasih sebab jadi mama mumun.. Mama ngandungkan mumun selama 9 bulan.. Operate lagi tu sebab doktor kata mumun tamau kuar pulak.. pastu mama abah jaga mumun.. bagi mumun makan minum pakaian dan keperluan sampai mumun besar camnie..
Ape yang mumun tak ader? mumun seharusnya berterima kasih sebab semuanya kan.. Hadiah paling besar mumun terima ialah kereta kancil EX850 gold mumun.. untuk kegunaan mumun bergerak tapi mumun masih nak merungut.. huhuhu.. naper erk..
Pape pun.. terima kasih mama..
Selamat hari Ibu mama..
Mumun syg mama..
Muuaahhh
Semoga mama sihat sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
p/s: oh yer, hari ibu hari ahad yang lalu Mumun dengan adik2 buat moist chocolate cake.. hehehe.. boleh r tahan sedap (puji diri sendiri) almaklum la xpernah wat.. Kek tu jadi lembut sgt, geram sgt suke picit2 tp die memantul balik.. hehehe.. ntah pape.. tapi seperti biasa mumun suke betul tau kalo masak nie kurangkan kuantiti gula so xrasa manis sgt cm kedai smpai mumun sakit gigi.. kelakar betul surprise da tak jadi suprise.. nie kes kitorg g nyorok dlm bilik prepare hadiah skali mama masuk dapur da nampak kek kitorg buat ngan tepung n peralatan bersepah2.. hehe.. Mumun bg mama Blause, Nurul bg keychain and Ain bg mama gelang.. sume tema merah.. hehe.. Tu jer la nak stori..
Khamis, 7 Mei 2009
Tag By sis
Peraturan nak jawab tag ni ialah :
1. Copy badge di atas untuk diletakkan di blog anda.
-> Mumun da copy paste da kat atas..
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
-> Sis Zila.. huhu.. nak cite panjang lebar pasal sis nie sampai esok pun tak habis.. ringkas jer la.. nama die Suzilawati.. Lahir tahun 198x opps xle gitau tapi semamangnyer lagi tu ar dr Mumun.. (jahat=p) sis nie member ronggeng mumun.. name perasan glamer die puteri liyana zambri.. hak3.. sorng yang tuuut dan juga tuuut.. (malas nak stori t kembang semangkok kene puji) lalalala.... nak tau sgt pasal die, g r cari blog die.. hik3..
3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
- Puteri Sulung dlm Abu Hasan family [fakta]
- Lurve to Ronggeng2 with fwens [hobi]
- Hati ini telah dimiliki.. bait lagu jer kan..hehe [fakta]
- Pagi td kene cucuk ngan van kesihatan speed sampai 140km/j [fakta]
- Susah gile nak berenggang ngan Nuno diwaktu pagi [hobi]
- Sometime need time for myself [hobi]
- Kaler fevret mumun ialah pink,merah and hitam [fakta]
- Sekarang nie terasa nak minum easy way!! milky tea pearl satu [fakta]
- tgh membedal Dunkin Donuts [fakta]
- Buhsan xtau nak tulis aper nie [fakta]
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
- Yanie
- Nisa
- Syamem
- Geng ronggeng yg lom jwb tag sis
Langgan:
Catatan (Atom)