Jumaat, 27 Ogos 2010

Redha-entry xder kene mengena

Selamat petang semua..
Berbuka ape arini?
Mumun nk share something
Mumun dapat dr blog salah seorang Ronggeng Crew, Air Laut

Syarat2 bagi mendirikan masjid untuk saya adalah termasuk redha keluarga dan kawan-kawan. Kerana sebelum kamu datang, mereka terlebih dahulu mencorak hidup saya. mereka menjadikan saya yang saya hari ini.


Cerita pasal mendirikan masjid nie kan, firstly Mumun nk wish Selamat atas Kawan-kawan, teman-teman yg dengar berita lepas konvo ada yang dah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga..


Kemudian, cerita pasal redha pulak.. Mumun berharap apa jua jodoh yang mendatang Mumun dan sidia akan mendapat redha keluarga dan kawan-kawan..


Doakan kawan-kawan..


Amin..

Khamis, 26 Ogos 2010

Balik Kampung + Get Well soon Dani

Assalamualaikum..
Selamat Tengahari..
Buat ape semua? Mumun tengah berkemas nak balik kampung lagi..
Yeyey.. hihi.. oh oke.. tukar mood..

Anak kak honeysour tengah demam..
Dr semalam mumun follow fb ststus die..
Suhu badan Dani mencecah sampai 39.8 degree tu..
So far mumun punyer tempt selama demam paling tinggi pun 38.7 degree..
Itu pun badan dah xboleh buat ape.. berserah ajer..
Tapi still boleh mengadu lah kan..
Cube bayangkan anak sekecil ini masih belum boleh mengadu sakit dan cuma pandai merengek..
Doakan baby Dani nie semoga cepat sembuh.. Cian mama die dah risau..
Daa..



Pict credit to blog kak honeysour

Kenali Lady Gaga

Opps its Creepy bile dapat taw..
Lady Gaga mempunyai hidden message aka mesej tersembunyi yg cuba disampaikan..
Moral of the story jgn terlalu memuja artis..
Selidiki dahulu yer kawan2..
Kdg2 kita xperasan..
Lirik lagu pun mereka boleh cuba menyesatkan kita..
masyaAllah..


Mumun jumpe kat fesbuk, xjumpe kat youtube la pulak.. Click LInk kalau nk tahu lebih lanjut..

Apabila Zikir dipersendakan

Astafirullah al azim..
Apa nk jadi dengan pompuan2 muslim zaman sekarang..
Pakai tudung tapi tak mencerminkan akhlak..
Menjatuhkan maruah dan memalukan ibu dan bapa..
Sesiapa yg mengenali remaja perempuan ini sila la tegur2 sikit..
Mumun perasan mereka merupakan pelajar U
Universiti mana mumun tanak bgtahu..
Mereka berlatih berdikir barat..
Nda kisah la dik kau mahu berdikir barat ke berdikir timur ker..
Hormati zikir itu diik.. Sedih akak tgk..
Haa tgk dah berakak2 dah pulak mumun..
Kurang pahala puasa mumun mengutuk korang..
Adoyai..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=149640985055158

Rabu, 25 Ogos 2010

Happy Birthday Mama

Entry terlambat sikit..
Special entry to My Lovely Mama
Mama menyambut Ulangtahun kelahirannya pada 24 Ogos 2010
Sweet 45 mama!! Love you..

Mama dan Abah

Pict nie masa berbuka since kan tengah bulan puasa =)
Blueberry Cheesecake
Carik sampai ke Jerantut..
Sangat2 la Mumun Recommen ape ek Oren ke ape ek hihi
Slurrp sedap.. Satu malam abes..
Masa bday abah aritu beli Ciskek kat Secret Recipy seminggu gak r dalam esbok nk abes.. hihi


Kami kurang kerja!!

Hihi.. Wording recycle birthday abah punyer cume kasi cut tu tepi2..
Tambah wording mama tu kasi naik sket..
Nie sume last minute punyer pikir..
Mama balik jam 4 kitorg start buat jam 1.. Hameek..
Kitorg kan bizi (sangat! hihi) tak sempat cari present..
Jadi kami cari jer la soft board polisterin tu (carik yg kaler2 jer)
Kami tepek2 la ape2 yg kami sempat pikir..
Tak sangka bakat kekreativiti kami mcm best.. 
Mati la angkat bakul tekan Liff
hihi sape yg faham?
mean, perasan sendirik..
hahaha.. ala bile lagi.. aci la kan..



Last but not least
Mumun and Mama yang sempoi
Love you mama
Muuaaaahhh
xoxo

Sidang Majlis Konvokesyen UMS ke 12

Hi Alls..
Mumun nak share some info especially for UMS student (pre-ex actually, hihi) yg nk berkonvo..
Baru jer dapat taw yang tarikh Mumun konvo 10.10.10
Mumun Sidang 4, iaitu sidang petang..
Baru lah lega bila dah tahu tarikh sebenar..
Boleh la beli tiket..
Walaupun tahu kompem mahal dah nie..
huhu.. Nie sume gara2 'xkompem2'..
Takot kene tukar naya taw..
Hopefully Mumun berkesempatan nk pergi konvo Mumun tu nanti..
Abeslah merepek dah nie.. =)
Dah nie die... Lalalalala.. Daa..

------------------------------------------------

SIDANG 1
(PAGI)
09 OKTOBER 2010 (SABTU)

HARI PERTAMA
PHD
Sarjana Penyelidikan
Sarjana Kerja Kursus  (SPPS)
Sarjana Kerja Kursus (SPKS)
Sarjana Kerja Kursus (SPE)
Sarjana Muda Sains Pertanian  (HG34, HG35, HG36)
Sarjana Muda Perubatan

SIDANG 2
(PETANG)
Sarjana Muda Kejuruteraan (HK01, HK02, HK03, HK08, HK20)
Sarjana Muda Sains Komputer (HC00, HC05)-(Termasuk graduan PLUMS)
Sarjana Muda Sains Sosial (HA02, HA12, HA14, HA15, HA18, HA24)-(Termasuk graduan PLUMS)

HARI KEDUA
SIDANG 3
(PAGI)
10 OKTOBER 2010 (AHAD)

SPADA
Diploma Pendidikan Lukisan Kejuruteraan
Diploma Pengajian Islam
Sarjana Muda Perniagaan (HE04, HE06, HE08, HE09, HE10, HP08)- (Termasuk graduan PLUMS dan PTPL)
Sarjana Muda Ekonomi (HE05, HE07, HE11), (Termasuk Graduan PLUMS)
Sarjana Muda Perakaunan (HE18)
Sarjana Muda Sains (HC12)
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (HC13)

SIDANG 4
(PETANG)
Sarjana Muda Sains(HS03, HS07, HS08, HS09, HS11, HS21,HS22, HS23)
Sarjana Muda Sains (HG07, HS40, HS27)
Sarjana Muda Sains Perhutanan (HG19, HG20, HG23, HY11)
Sarjana Muda Sains Makanan (HS04, HY07)

HARI KETIGA
SIDANG 5
(PAGI)
11 OKTOBER 2010 (ISNIN)

Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (HS20)
Sarjana Muda Pendidikan (HT06,  HT17, HT16,  HT18, HT24)- (Termasuk graduan PLUMS)
Sarjana Muda Sastera (HA04, HA05, HA11)
Sarjana Muda Teknologi Seni Visual (HA32)

SIDANG 6
(PETANG)
Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (HE19)
Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (HE20, HE22)
Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa(HE21)
Sarjana Muda Kewangan Islam (HE23)
Sarjana Muda Psikologi (HA13, HA16, HA19, HA20), (HA19)- (Termasuk graduan PLUMS)
Sarjana Muda Kerja Sosial (HA52)


Isnin, 23 Ogos 2010

Rest In Peace Suki

10/07/2010 - 22/08/2010

Suki a very cute little kitten..
chipmunk daughter..
White in colour with a black spot on her head..
tidak sempat mumun nak memperkenalkan kitten2 chipmunk kat sini..
Tiga ekor tolak satu ekor (yg paling kiut dan manja!)
Nahas kau stray cat.. I hate you! Nak bunuh jer tp nie bulan puasa..
Sabar-sabar.. Geramnyer!!
Kucing hitam durjana tu selalu lepak kat sebelah umah kitorg..
tp bukan kucing jiran sebelah..
Huuu sadis sangat tgk bangkai Suki kat rumah sebelah..
tak dapat nk ambil n tanam sebab kene tunggu jiran seblah balik dr kampung..
huhu..

Sorry chipmunk we ol xder kuar kejap jer pun anta huda..
Lengkali bawak anak2 you masuk dalam sangkar duduk baik2 lah..
Now yang tinggal cume Kiko dan Bagherra..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Twitter

Best ke Twitter?
Sape ader twitter?
Ajar sket meh..
Zaman bile ntah muncul akaun twitter mumun ni..
Boleh tak perasan..
Cek2 email kat yahoo mail baru ler perasan..
Agak2nyer kalau bela spider dalam twitter tu kompem bersawang segala kan?
Macamana gune twitter?
Tgk org len pakai mcm senang tp mcm hampeh jer..
Sampaikan password pun dah tak ingat..
haha malas nk layan..
tgk la kalau rajin mumun godeh..
hik3..

Ahad, 15 Ogos 2010

Balik Kampung On The Spot

Rindu Bandar Tenggara..
Hihi.. Tu yg tibe2 dah ada kat Bandar Tenggara nieyh..

Semalam lepas golek2 depan tb tgk Wall-E jam 12 kat 615 abah cakap jom balik Johor..
kitorg ape lagi, 1 ari jer kan? JOOMMMM!!
Pang pung pang pung berkemas.. setengah jam pun siap..

Masuk barang dalam kereta..
Aiyoo satu hari pun penuh bonet??
nda pa la.. hahahaha..

Jam 1 bertolak lalu jalan kampung belimbing..
Jam 4 singgah masjid dulu kat endau
Jam 5 singgah bazaar ramadhan mersing
Jam 7 ngam2 mau buka tu sampai lah Bandar tenggara..

And now we are.. HOME
Ala satu hari jer pun.. hehehe.. kecoh..

siap bawak modem n router internet lg sebab TM lambat tukar perkhidmatan ke rumah baru.. sebulan lebey tu.. membazir jer.. sebulan bil bayar tp xdigunekan.. apekah..

Bangun pagi2 macam2 dah boleh buat kat sini..
Pokok2 banyak.. buah2 pun ada.. boleh bawak balik Jengka.. hihi..

p/s: Alhamdulillah, Velvet masih ada di sini dan makin gemuk!!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Tragedi Bazar Ramadhan Stadium Jasin

Takziah buat mangsa yang terbunuh dalam kejadian ribut serta angin kencang yang melanda Pasar Ramadhan Stadium Jasin 13/8/2010 yang lalu

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, 2 orang peniaga dan seorang pengunjung telah terbunuh dalam tragedi yang meragut nyawa tersebut.  Selain itu 17 orang telah tercedera.

Ya Allah, habis berterbangan semua khemah taw.. takut mumun tengok.. habis mcm kene langgar garuda..

Cube tengok gambar kat bawah dan nk tgk link video yg telah diambil oleh amatur? sila click sini Video Pasar Ramadhan Stadium Jasin dilanggar Ribut




MUSNAH...Pasar Ramadan Stadium Jasin macam dilanda garuda.
MUSNAH...Pasar Ramadan Stadium Jasin macam dilanda garuda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...