Isnin, 4 April 2011

perangai Si Oren Oren yg bikin ribut


above nie pict of my staff
saiful, insan OKU sebaya my dad but still like a kids
kuat merajuk i tell you
jangan lupa bg die makan sharp at 2pm
nanti die muncung sejengkal i tell you
dalam maskot great bear tu
faridah sengal, petang yg terik mengada nk pakai
aku baru basuh tu!
sudahnya abes kene jemur lagi
haha

ada plak cara-cara die pakai baju bear tu terbalik
dimana ekor bear yg sepatutnya kat belakang die pakai kedepan
bengoooooooooooong
memang padan muke aku hempuk sedas aritu
nasib aku xkejar keliling kedai
aku takut silap haribulan mumun bertukar jadi hulk
*almost dah nie*
haha


Ladies coach for ladies laa bute eh?

bengang
sangat marah
naik2 ktm semalam dr Kg. Datuk Harun ke Bank Negara
penuh dengan warga asing
Negro buat negara kite macam die punya
dah la masuk ladies coach
kacau anak2 dara yg berdekatan
nasib la mumun masuk ikut pintu lain
yg diorg nie pun satu
dah taw ramai negro of kos lelaki nie kat situ
nak jugak berdiri kat situ
pastu kene tegur dok layan
sanggup dok bawah ketiak diorg
hahahaha
what de hell
banyak kot tempat berdiri yg lain
yes, me kat tpt lain
pagi2 mana la penuh gerabak ktm tu
bila sampai kl sentral ramai yg turun
selamat, baru bley duduk
hahahaha

pastu masuk plak lelaki india nie
alahai dah la kau 2 org jer lelaki
bising plak tu
buat muke tak malu
deyy thambi, tarak pandai baca tu signboard kah??

Makcik sebelah mumun nie plak dok promot2 nutri***** plak
malas la mumun nk layan kah3
mumun dah ckp tanak die ckp mumun nk g dating kerr?
eh makcik nie, ada la dalam umur 40 mcm tu
yess! mumun nk dating dengan my BFF, R CREW!!
ingatkan nape la die tanya
nk cakap die pun nk pegi dating *erkkk, apakah?
sekali hp die ringing muntah hijau jap aku
hahahaha
motip aku? = jeles? nan hadoo eh sket haha

pesanan penaja: ladies coach untuk ladies sahaja.. sekian terima kasih..

Ahad, 3 April 2011

Pheewiiitttt Amy Search la pengetua AF9

Pheewiiit
Sori eh Mumun tak ngorat sesaper
ianya cuma tagline Amy Search
ahak ahak ahak
Sape yg minat AF?
Mumun kureennng sekian terima kasih
tengok la korang
hihihi

nk bgtaw Amy Search take over jawatan pengetua
bagus ler tu
pheewiit pheewitt
eh? abaikan.. haha

Sabtu, 2 April 2011

Radioaktif dipantau diseluruh ngara

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) akan memantau secara berterusan kadar radioaktif termasuk dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, analisis sampel akan dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia ekoran sampel air laut berhampiran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang masih melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negara itu. “Laporan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 29 Mac lepas mengesahkan keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


sumber:kosmo

Lebuh Raya Utara Selatan hala ibu negara sesak 5 jam, 2 treler terbalik

RAWANG – Laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke ibu negara semalam sesak hampir lima jam selepas dua buah treler membawa buatan simen dan acuan sarung tangan terbalik di Kilometer 445.3 berhampiran susur keluar Rawang di sini.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan simen yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun terbabas dan merempuh sebuah treler membawa acuan sarung tangan di hadapannya. Treler membawa simen itu kemudian terhumban ke dalam longkang.

Jurucakap bomba berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pemandu lori simen tersepit di tempat duduk.
“Kita mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kaki pemandu lori simen yang tersepit pada stereng dan semua mangsa hanya cedera ringan walaupun kedua-dua kenderaan itu terbalik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rakaman aksi seks itu asli

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.

Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.

"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam.


sumber:kosmo
psst: pakar tu tgk la video tu kan? hahaha xbaik la tgk porn, ape bendaa la.. hak3..

Cikgu cekik Saya.. eh bukan Mumun

SIK MENG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas dikasari seorang guru, manakala ibunya, Geek Thing (kiri) menunjukkan kesan anaknya dicekik di Seberang Jaya semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma selepas dikasari oleh seorang guru di sekolah itu. Mangsa, Tan Sik Meng, 19, pelajar tingkatan enam memberitahu, dia dikasari oleh guru tersebut selepas dia dikatakan bising sewaktu perhimpunan pagi kelmarin.
Menurutnya, selepas tamat perhimpunan kira-kira pukul 7.30 pagi, dia diarahkan untuk ke bilik guru.
"Dia (guru berkenaan) memang tidak berpuas hati dengan saya sebelum ini dan sengaja mencari alasan kononnya saya mengganggu pelajar lain semasa perhimpunan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya di sini semalam.


psst: jgn buat bising masa perhimpunan!

A Doctor in The House

A Doctor in The House
yes its really in my house
finally dreamed comes true
err mahal kooot buku nie
bley topup RM10 sebanyak 10 kali
boleh la dpt menang pape dr selcom
eh haha

memula semangat
sampai chapter 2
nuno ngadap sorang
mumun?? zzzzzZZzz
malam dah
tido laa
nite!



Jumaat, 1 April 2011

Best Friend Forever R Crew!


Miss all these gurlz!
Syukur, Allah telah membuka hati Dena untuk berhijrah ke semenanjung
*Br taw nie, haha*
5 hari sudah dia disini
lepas ini tiada lagi istilah 
kau dan aku terpisah oleh Laut China Selatan
ececeh haha
after izza made a huge decision berhijrah ke Semenanjung bulan 10 yg lalu
kini Dena pula menyusul
Good Job my friends
Nda la dena jeles2 lagi bile kite hangout
winks

looking foward nk reunion balik nie
plan ahad nie eh..
baik! 
miss you!

Happy birthday Puteribonda


Happy birthday to my dear sis puteribonda-anis
eh atas tu adalah kakak die yg sengal2 ayam sket
kiut kan?
kah3..

entah tak taw nk wish aper
belajar rerajin k
asal dah lama xkol akak eh?
hahahahaha
eh sekarang tengah malam la kat sana
kat malaysia pukul 1
die baru jer 1 jam melewati tarikh 1 april
sini dah 13 jam hihi

take care kat negara orang tu
eh negara orang ker?
eh die lahir kat sana kot!!
iya! 21 tahun yg lalu die telah dilahirkan di sana
di bumi USA

oh well you are home my dear
take care
love you
love xoxo
from your dearest sister

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...