Khamis, 31 Mac 2011

♥ cuppies4you 2nd giveaway ♥

♥♥ Disclaimer dari Mumun ♥♥
Ini adalah Entri melekat pakai gam gajah sampai 31 Mac nie..
Segala entri baru sila skrol dibawah, tq ♥♥

Mumun nk try luck la kak lina, xpernah lagi rasa kek akak yg akak ckp sedap sgt tu.. (adakah ayat ini terlalu menganjing sgt eh) hahaha cas cas nk cabar akak nie dgn kata lain (bak meh bg mumun rasa meh!) ada berani kah?

haha ampun.. dulu order pun untuk kawan, xorder pun untuk diri sendirik.. nak taw kenapa? sebab die pindah dr yong peng ke sini.. eh sini? ape bendaa la.. kak, mumun pun dah kat selangor nie.. hahaha jeling jeling penuh makna.. lala.. abes merapu..

nk join kah? kopipes jer la part *** itu.. (uit mumun xmelucah ea) tgk bawah nie memang ada part *** eh? hahaha


***
Giveaway by CUPPIES4YOU
Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!
So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.
  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.

***
END-MUMUN


Rabu, 30 Mac 2011

R Series Designer Collection

Promosi bulan 3
Eh tinggal arinie ngan esok jer la
Sebbaik sempat beli
punya asek nk bertangguh
sebenarnya tunggu gaji masuk hehehehe

akhirnya ianya jadi milik ku
ntah pape
macam beli yg beratus2 jer..
padahal RM29.90 satu set

teringat kat cik Asiah
dulu selalu mintak die jer
hahahahahaha

sebenarnya mumun suke sebab ianya PInk
LoL


kat atas nie ada
perfume
hand and body lotion
body powder
body spray
deodorant
add on cream comel 2box

nuno and air kotak tu xinclude
air kotak pun free sebab beli jus 2 liter
hahaha

ps: shopping bukan setakat ini

Isnin, 28 Mac 2011

Episod Terakhir Doraemon



last episode of Doraemon
tetibe terasa nk gugel cerita doraemon kat youtube tadi

Saya membesar dengan cerita doraemon
dah beso nie pun kalau xkerja ari sabtu mesti tgk ntv7 pukul 7.30 ptg
hehehehe
kalau tak pun kat astro ceria selalu kuar gak kan?
tgk la dua ploh pat kali pun masih layan okey..
komik? hahaha zaman kecik2 dulu selalu pinjam ajer..
kah3..
mana ada duet nak beli.. lol

Ahad, 27 Mac 2011

14 fact you should know about Doraemon



Selamat tengah hari semua… Sape yang lahir tahun 80an cam Blur nie mesti time hari sabtu sebok dok depan TV time pukul 7.30… Sebab nak tengok katun yang paling famous time tue iaitu doraemon… Katun Doraemon nie memang top time zaman Blur kecik-kecik dulu… Sekarang nie pon katun nie masih belom tamat lagi dan masih lagi di tayang di NTV7 pukul 7.30 juga… Kadang-kandang ade movie die dekat Astro Ceria… Walaupon dah 20 lebih Blur still layan lagi… Sebab syok dari mengadap Facebook je hari-hari… Korang tahu tak fakta sebenar berkenaan Doraemon nie??? Jom layan…

1. Nama Doraemon sebenar dicipta daripada dua patah perkataan iaitu Dora & Emon…

2. Nama Doraemon dalam bahasa Jepun ditulis daripada gabungan huruf katkana & hiragana… Huruf katakana iaitu Dora (ドラ) & huruf hiragana untuk Emon (えもん)… Maka jadinya Doraemon (ドラえもん)…

3. Nama asal Doraemon ialah MS-903… Ini adalah nama asli bagi Doraemon yang dipanggil oleh sang pengcipta…

4. Tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112…

5. Angka ajaib bagi Doraemon ialah 1293… Kenapa???
  • Berat 129.3kg (258 lbs)…
  • Tinggi 129.3cm (4’3″)…
  • Boleh berlari sehingga 129.3km/j (80.3mph) ketika ketakutan…
  • Melompat 129.3cm (424.2 kaki) ketika terancam bahaya…
  • Kekuatan maksimum 129.3bhp…
  • Saiz pergelangan tangan 129.3mm…
  • Saiz kepalanya lingkaran dada adalah 129.3cm…
  • Kaki berdiameter 129.3mm…
  • Ianya diproduksi Saptember 3, 2112 (12/9/3) di Pabrik Robot Matsushiba…
6. Nama kekasih Doraemon ialah Noramyako… Die break up dengan Doraemon kerana Doraemon dirasakan terlalu pendek baginya (setelah telinganya dimakan oleh tikus)…

7. Warna asli Doraemon ialah kuning… Setelah telinganya digigit tikus, dia menangis di atas menara dan minum ramua berlabel ‘kesedihan’… Ketika dia menangis warnanya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan itu…

8. Sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)…

9. Jumlah alat di dalam poket Doraemon ialah lebih kurang 4500 alat…

10. Alat Doraemon yang paling popular ialah:
  • Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja)…
  • Take-copter (Baling2 Bambu)…
  • Kuukihou (Meriam Senapan Angin)…
  • Time Machine (Mesin Waktu)…
11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yg menjadi ekornya…

12.  Dorami lebih hebat dari Doraemon… Dorami mampu menghasilkan kuasa sebesar 10000 tenaga kuda, berbandingkan dengan Doraemon yang hanya mengeluarkan sebesar 129.3 tenaga kuda…

13.  Dorami sebenarnya tidak langsung muncul dalam keluarga Nobita, namun di keluarga cicit-cicit Nobita di abad 22 yakni Sewashi… Dorami dibeli untuk menggantikan Doraemon, yang dibeli  untuk menemani Nobita…

14.  Doraemon berak cam ne? dia kan banyak makan dorayaki? Sebanarnya, sistem pencernaan Doraemon berupa mesin, dan mampu mengolah bahan apa pun (organik maupun no organik) menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas…

dpt info masa berjalan2 baca entri2 kat SINI

Contoh resume tak boleh pakai

Mencari contoh-contoh resume untuk apply kerja kah?
oh salah tempat lor..
kat sini ada contoh resume tapi tak boleh pakai lorr
hehehe




s.e.n.g.a.l
lol

Evident Kluang Rail Coffee disahkan mengandungi DNA khinzir


Serbuk kopi kluang rail coffee mengandungi 0.01ng DNA khinzir!
Nano tak nao, its still have the DNA yer kawan-kawan
Madu juga dikesan mengandungi alkohol melebihi tahap yang dibenarkan sebanyak 0.01% iaitu sebanyak 0.04% !! varians of 0.03% harap maklum
patut lah semua ketagih lepas one try
bare in mind its still haram for muslims

ralat: kat entry nie (betul ker kluang rail coffee tak halal) mumun tulis kaya ada alkohol tp sebenarnya madu. kaya tidak dikesan mengandungi lemak babi atau alkohol pula.

psst: pernah  berangan nk lepak kat sana tapi syukur tak pernah la pergi. Alhamdulillah.

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour 2011 ke laut


baru sahaja selesai kempen Earth Hour 2011
next!! la setahun lagi la..
tahun nie Earth hour ke laut
mumun tdo sebab penat sgt td ada catering kat the mines
bilik mumun sah sah la gelap
sekali nah kau keluar bilik terng benderang
housemate xsupport pun, cis.. haha
sekali jam 9.45pm cmtu br diorg tutup lampu
tgk tv! adoyai..
hahaha
tahniah sesape yg support Earth Hour 2011
tahun depan support lagi. hehe

Kisah pengorbanan seorang adik lelaki kepada kakaknya.

Pengorbanan Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”.

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”.

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun, adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.

Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!”, aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya.

Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!, Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan". Aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak". Apa lagi yang saya tahu selain meraung.

Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.

Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.

Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya.

Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” .

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”, katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar". “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

psst: baru nk share padahal da baca lama dah, bace beberapa kali pun rasa sedih mcm nk nanges.. haha

Khamis, 24 Mac 2011

Kamilah Datuk T, T for Trio..


Abdul Rahim Thamby Chik (duduk kiri) dan Shazryl Eskay Abdullah ketika sidang media mengenai pendedahan sebuah klip video membabitkan aksi seks


MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam. Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.
Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.
SIAPA Datuk T (Trio)?
Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Apa peranan mereka?
Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.
Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.
“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.
Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.
Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.
Mengapa pendedahan dibuat?
Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”
Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.
Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.
Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?
Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”
Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”
Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?
Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”
Mengenai penglibatan Johari Abdul?
Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.
Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.
Mengapa dedahkan sekarang?
Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”
Mengapa tidak dedahkan kepada polis?
Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.
Siapa lagi terlibat?
Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio.”

Pakai lah Legging tu lagi bile mandi

Pakai legging kaler CERAH bile mandi?
hah pakai lagi pakai lah lagi
boleh masuk dlm blog
boleh masuk dalam facebook

stupid
kesian mak ayah kau
dah ajar pakai tudung tp lupa nk ajar jgn pakai seluar cerah masa mandi

kalau tak pakai tudung mumun xkesah weyh
legging cokelat, spende hitam
komengga komengga!
nasib pict dr belakang
kalau dr depan???
hah jawab jawab!!
kalau baju die kaler cerah?
bikini tros la dikkk
murah jer, 2 singgit (mail, upin ipin)
hahahaha

disclaimer: iman tak kuat jgn tgk! mumun tak bertanggung jawab kalau idung berdarah yer.. huahuahua







mumun dah ckp jgn tgk kan td, tak bermoral nie pict nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...