Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Rabu, 3 November 2010

Pelawak Nabil Raja Lawak dan Pelakon Irma dah Putus Cinta..

Gagagaga.. betul ker? As expected.. Pelik gak kenapa diorg nie sampai sekarang xkawen2.. Nabil pun mcm tak serius jer nk kawen ngan Irma.. Nah kau, sape soh lambat2 kan awek dah say bye bye.. Huhu..

Papehal pun mumun selitkan berita sekali yer.. baca la yer.. tak ramai yg taw kenapa diorg break.. padahal diorg dah mcm lovely couple sume dah.. huhu.. Layann

KUALA LUMPUR, 3 NOV 2010: Hubungan cinta yang sebelum ini terjalin di antara pelakon Irma Hasmie dengan pelawak terkenal, Nabil nampaknya sudah pun berakhir atau menemui titik noktah. Namun, masih ramai tidak tahu apakah punca sebenar mereka tidak lagi bersama.


Padahal sebelum ini, ramai yang cukup menggemari pasangan ini dek kerana kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan mereka. Apa lagi, bila mereka dilihat tidak begitu melebih-lebih setiapkali membicarakan soal yang berkaitan dengan hubungan cinta mereka.


Jadi, apakah status pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian gadis jelita dengan Nabil sekarang ini? Kerana Nabil mendakwa dia dan Irma masih lagi bersama sebagai pasangan kekasih. Apakah Irma masih tetap untuk tidak berubah daripada pendiriannya?


"Ya, saya memang tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nabil. Insya-Allah, setakat ini, keputusan saya tidak akan berubah. Jawapan saya masih lagi sama. Tentang hal Nabil yang mengatakan kami masih lagi pasangan kekasih..itu kena tanya dia sendiri.


"Terus-terang, saya sendiri tak tahu kenapa Nabil boleh menjelaskan kepada media dengan jawapan sebegitu. Sejujurnya, saya tak mahu masuk campur dengan hal-hal yang berkaitan dengan Nabil lagi.


"Walau macam mana ditanya sekalipun, jawapan saya tetap sama. Saya minta maaf sangat-sangat kepada pihak media dan peminat. Saya tak mahu cakap lebih-lebih lagi. Apa yang penting sekarang ini, saya tak mahu cakap dan tak boleh cakap apa-apa," kata Irma.


Meneruskan penjelasan, Irma mengakui, keluarganya adalah orang yang pertama sekali mengetahui keputusan dia tidak lagi mahu bersama Nabil.


"Sebagai anak,kalau boleh saya tak mahu libatkan famili dalam soal ini. Saya sayang keluarga saya dan sudah semestinya saya tak mahu menyusahkan mereka. Kalau boleh, saya tak nak mereka tahu akan kesusahan yang saya alami ini.


"Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan saya sekarang ini. Saya harap, cerita ini tidak diungkit lagi. Saya mahu peminat dan media faham suara hati saya.


"Masa saya jelaskan pada akhbar berkenaan, saya dah tekad bahawa saya tak nak simpan perkara ini lama-lama. Sebab itulah saya terus jelaskan segalanya pada wartawan tersebut," jelas Irma.


Dalam masa yang masa, Irma menyatakan setakat ini dia tidak lagi terfikir sama ada dia berani atau tidak untuk bersemuka dengan Nabil memandangkan mereka masing-masing tidak boleh lari dari terserempak atau terjumpa di majlis yang sama.


"Jumpa atau tidak, itu saya tidak pasti. Buat sementara waktu, saya tak nak fikir semua itu. Saya tak mahu cakap banyak. Bila saya cakap banyak, bermakna saya mengundang peluang orang ramai untuk membuka mulut dan mengata hal yang bukan-bukan pasal kami.


"Saya tak mahu perkara ni meleret. Cukuplah sekali. Untuk pengetahuan semua, saya bersyukur saya masih lagi sihat dan boleh meneruskan kerjaya saya sebagai pelakon dan pengacara," ujar Irma yang baru saja tamat menjalani penggambaran telemovie Love Nora sebagai pelakon undangan.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Maher Zain punye showcase kat Malaysia

Maher Zain nk datang Malaysia?? Best nie.. Taapi.. halamak.. Clash dengan Mumun punyer travel datela pulak.. Huhu.. dengar kat youtube jer la.. hihi.. Sape nk pergi? arr roger2 la link bawah.. Have Fun.. Oh kem salam sama ini Maher Zain penyanyi lagu nasyid sedap.. =)



peminat-peminat MAHER ZAIN yang sudah lama ternantikan kosert dari beliau dan teruja sangat dengan jejaka hensem bersuara lunak dari Sweden ni bolehlah menyaksikan konsert beliau yang  akan diadakan pada 14 & 15 Oktober ...


info lanjut boleh klik ke facebook page event konsert  :- MAHER ZAIN


Biodata Maher Zain =)

Now tengah Mood Maher Zain.. Gile la.. Dulu tdgr biasa2 jer.. mungkin sebab sekarang mumun bohsan dah tahap ekstreem sgt kot.. hihi.. Memang masa zaman kat U dulu, Mumun kalau dengar lagu mean memang tengah bosan sangat2.. tapi kalau tengah study, hurm nan hado aku nk dengar semua nie.. haram jadah tak melekat dalam otak nie.. lirik lagu yg berlegar2 lak karang.. tapi tak semua mcm mumun kan? ada yg perlukan musik untuk belajar.. tp mumunckp siang2, mumun tak leyh.. hehe

Mumun tertarik dengan entri Siapa Maher Zain? yang dipostkan di Iluvislam.. Tetapi sejauh manakah anda kenal maher zain? Hehe

Maher Zain Siapa Maher Zain?
Biodata Tentang Maher Zain



* Name: Maher Zain
* Age: 29 years old
* Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
* Education: BA in Aeronautical Engineering
* Previous Job: Music Producer
* Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
* Album Name: Thank You Allah
* Number of Tracks: 13
* Release Date: 1st of November 2009
* Record Label: Awakening Records

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “. Sumber : Istimewanya Maher Zain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...