Ahad, 21 Februari 2010

Awas Cuaca Terik

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh

# 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.

# 25 darjah Celsius - peluh biasa.

# 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.

# 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

# 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

kesimpulannya, minum air masak banyak2..;)

Jumaat, 19 Februari 2010

Full Time Student Part Time Lanun

Okeh2, kang kene marah pulak..
Nie mumun baru perasan dr blog izza okeh..


Macam kelakar pulak biler fikir..
Mumun nie Full time Lanun ker Part Time Lanun..
hahahaha..


Kat sini mumun nak story detik2 mumun terjabak jadi lanun nie..
Banyak Pengalaman pahit manis yang mumun kene telan
tapi nak buat macamana kan dah lumrah hidup
kadang2 di atas dan kadang2 kite kene redha kita dibawah


Pada mulanya mumun start pada bulan Nov 2007
Gara2 bantu kawan la kunun niatnya
Die dah start lama dah jadi lanun nie..
pakkal kereta mumun sampai 20 September 2007
Mumun ingat seyh!! haha


tapi tak banyak lah sebab mumun balik kampung masa tuh
satu dua jer yang izza minta tolong
Maser nie minat takda lagi sebab masa nie mumun tak rasa susah lagi
masih lagi masyukk.. haha


Pastu disebabkan mumun plan takmo balik cuti sem tu, 
mumun decide nak buat gak la since macam boring2 jer nanti
masa nie memang masyuk giler..
masa nie mumun masih lagi pakai henpon xder kaler2..
hahaha.. teringin tu dah lama..
tapi tak berpeluang lagi nak dapatkan..
so mumun tanam niat nak beli hp sendiri la..

Pergh, masa nie rasa masyuk giler la..
Bersih dapat dalam RM600 cmtu la..
kalau tak bersih tu dekat RM800 gak la..
sebab bajet makan minum topup minyak lagi kan..
masa nie dah xfikir nak menyimpan pun..
nak kata menyesal tak boleh jugak la kan..
sebab kepuasan dapat beli hp nokia 5610 tu la yang mahal..
masa nih, tengah baru2 kuar..
harganya mak aih.. paham2 la.. 
Memang menggegel la tangan masa kuar nak bayar tuh..
kene korek lagi bank.. hihi..


Plan cume nak beli 6280 tapi macam dah ramai sgt beli yg tuh..
(sis, dena dengan lolit)
Sorang2 masa tu pegi Cp..
ingat lagi 16 mei ngam2 terus angkat..
rasa mo menangis gembira pun ader seyh..


Since lepas tu try la gigih macam nak dapat dulu..
tapi nak buat macamana..
rezeki dah tak menyebelahi mumun sangat..
sekadar cukup makan jer sekarang nie..
saingan pun ramai..
Cukup lah sekadar mumun cukup makan walau kadang2 kene ikat perut..
nak buat macamana selera perut nie buas giler..


dapat simpan RM200 sekarang pun dah cukup..
tapi tu la.. Income yang cuti bulan 11 abes budget buat thesis..
ngan CNY nie pun dah habes dok byr down payment panjat gunung..
sabar jak la!!!!!!

xperlah, yang penting mumun masih lagi hidup tak kebulur lagi
hehehehe..  Jgn risau, Mumun masih lagi selamat..

Satu jer la, Mumun nie kdg2 dengan client nie cepat cair gak.. 
Kdg2 baik hati sangat..
kalau dah tetibe student tu xcukup duet mumun bley cakap,
xper la bagi jer la akak berapa2 yg ader..
tapi Allah maha Pemurah, panggilan xputus2..


tapi tu la, sampai biler la mumun nak kurangkan tabiat jangan kene pow oleh GiAnT nie????
geramnyer~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hahahaahahaha.. 



Baby yang berjasa kepada tuan, sudah mumun kasi servis kamu kan?? Love you muahhh

Selasa, 16 Februari 2010

Takoyaki Boat

Ape kebende nie?
Mase memule pun mcm blur la..
Sekali Google2 br la taw ape die..
Ala, nama jer lain..
Banyak kat semenanjung..
Kat Sabah nie, Port fevret cume kat Wisma Merdeka..
Serious, Mumun sangat kecewa dengan Prestasi mereka..
Apesal lama sangat korang tutup kedai arr..
2x pergi tutup..
Keciwa Daku keciwa..
hahaha..
Sebagai penutup post yg entah apa2 nie..
nak tgk jer la pict takoyaki boat tu oke..

Sabtu, 13 Februari 2010

Dinner At Krishna

Malam biler erk..
tak ingat lah biler..
hahaha...
Ok2 dah ingat dah..
12 Feb nie.. 
Malam pergi makan2 kat Krishna..

Antara yang join adalah:
Mumun, Izza, Anna, Sis and Kak Yuli..

dan yang paling syoknyer..
NAIK KERETA BARU KAK YULI
hehehe

nah xder bende sangat pun nak story hehe..
nah tgk jer la pict2 kat bawah okeh..

 
makan kat atas daun pisang tuh..
sila abaikan makanan atas tu, for me its so-so.. haha


camwhore jer bdk nie sejak dua menjak nie

ok2, motip gmbar nie diambil adalah untuk nak tunjuk kat korang..
KARAM SIGH WALIA has been spotted in my Camera..
keh3.. tu yang baju biru tuh..
Real oke, bukan men2.. haha

Untuk Ah So aka K.Yu Li, Happy Chinese NEw Year..

Isnin, 8 Februari 2010

A day At SRPK Tuaran

Cerita nie da basi dah..
Tapi kene la hapdet kan since perasaan nak update tu baru menjelma..
Adakah bersemangat selepas baru jer transfer gambar dalam nie? hihi..
mungkin lah..


On 18 Jan yang lalu, Mumun sebenarnya pergi tolong Izzah Othman buat thesis die..
Sebenarnya sepatutnya kene tolong 3 hari, tapi mumun available hari senin jer..
Sebab Rabu dengan Jumaat mumun ader lect minor (haha repeat..)


Masa tu musim hujan tak mcm sekarang nie musim kemarau..
huhu.. Kami bertolak ke Tuaran kira2 jam 12.30 ptg tu..
Singgah beli stok makanan kat Giant IP then baru pergi..


Sampai2 sana, Semua Pelajar tengah berehat..
Sekolah nie khas untuk pelajar yg buta atau cacat penglihatan..
Seharusnya kita yang masih mempunyai kesihatan mata yang baik nie haruslah menjaganya dengan baik ya kawan2.. huhu..


Hujan yang lebat teramat la masa kami sampai tu..
Ditempatkan kat dalam library.. huhu..
Yg kelakar kat dalam library nie kan..
Mumun ngan salwana tetibe tertarik nak baca satu buku nie..
Pasal Pak lah.. Cover cantik.. hahha..
Nak tahu apa yg jadi? haha.. sila tgk pict kat bawah..






mood: blank kejap haha


pada mulanya sukar nak berkomunikasi dengan diorg..
tapi alhamdulillah, mereka dapat bekerjasama walau ada yg mengeluh..
"Kak, lama lagi ker, kite penat sudah.."
 hahaha.. macam2..


Habis story pasal budak2 nie, kite jalan2 round sekolah kejap okeh..




kawan2, macam tu lah bentuk tulisan braille untuk ayat Plan Well to Succeed
x amek manyak pict pun sebab most of da time Mumun lepak dlm lib sambil baca buku novel..
giler banyak novel!! haha..


Balik la kan pas tu.. Gila lapar dr pagi tak makan.. Jam 6 baru sampai One B.. Sebab da xtau nak makan mana, makan la kat OLD Town.. Lurve this place.. Kopi sedap, tp lately kopi dah xbg apa2 kesan la kat mumun, jd ubat tidur seyh.. Memang xsinggah memana la, terus lah balik yer.. hihi


Mee Curry yang Sedap.. Plus Choc Cofee..



Seharusnya mestilah ader muke pemilik blog kan? hehe.. tada.. dah abes mam dah.. Papai..

Jumaat, 5 Februari 2010

totally 've been pissed off

Back off
Duh, do i care?
hahaha..
p/s: xder kene mengena dengan sebarang readers nor people who near me..

Selasa, 2 Februari 2010

Ini bukan Tampon haha

Tampon tu aper? hahaha..
Google lah sendiri..

tapi ini adalah reminder..
ini bukan tampon.. Ini adalah Ear Plug..
Ada Faham?? haha


Isnin, 1 Februari 2010

Its Just a Number

 
Mumun xtahu la nak ckp mcmana..
Duduk kat rumah senang2 jer cecah 60 Kg..
Tengok aper dah jadik bile sengsorang kat UMS nie?
dr bulan 7 dan bulan 1 dah jd mcm nie..
Nak kata xmakan, saya makan..
Cume, sekali sehari jer la..
Appetite kurang la..
Thats mean, i missed air tangan mama dan abah saya.. 
tskk ='(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...