Selasa, 5 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani


Berlangsung di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis resepsi sempena perkahwinan pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi berlangsung meriah.

Bertemakan “timeless white romance” yang merupakan idea “Weddings by Baha”, Jimmy melangkah ke pelamin mengenakan sepasang baju Melayu putih rekaan Rizman Ruzaini lengkap dipadankan kain samping songket manakala Suhaila mengenakan busana berpotongan kebaya warna putih bertatahkan permata biru rekaan “Prestige by Inar” yang didatangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Disolek Amy Janz, Suhaila tampil anggun mengenakan “veil” sepanjang 3 meter berpasangan melangkah ke atas pelamin bersama Jimmy.
Majlis turut disempurnakan lagi dengan upacara menepung tawar yang dilakukan wakil keluarga kedua-dua belah pihak
Turut menepung tawar sebagai tanda restu ialah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa.
Untuk upacara memotong kek, Jimmy memilih sut hitam dengan padanan berwarna merah dan Suhaila mengenakan gaun merah yang kedua-duanya direka Rizman Ruzaini.
Majlis malam itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dari rakan artis antaranya Haziq, Ezlynn, Maulana dan Betty Banafe.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah rakan pengacara Awal Ashaari, Lisa Surihani, Sazzy Falak, Nazril Idrus, pelakon, Iqram Dinzly, Anne Darling, Rozita Che Wan, penyanyi Mawi bersama isterinya, Ekin dan ramai lagi.
Turut hadir ialah bekas penerbit eksekutif Trek Selebriti Shahila Harun Shah bersama tenaga produksi program hiburan yang diacarakan Jimmy lebih enam musim.
Terdahulu, Jimmy dan Suhaila selamat melangsungkan upacara pernikahan yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh pukul 4.30 petang Jumaat lalu. Upacara akad nikah itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar dengan disaksikan Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.
Hadir ke upacara itu ialah lebih 500 saudara-mara mempelai dan teman rapat.
Mengenakan baju Melayu emas rekaan Rizman Ruzaini, Jimmy sah menjadi suami kepada Suhaila dengan tiga lafaz akad. Nursuhaila yang anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata berwalikan bapanya.
Rombongan pengantin lelaki membawa Sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki membawa seutas jam tangan, set barang kemas, sebuah iPad, tas tangan, alatan kosmetik, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunda Jimmy.
Manakala pihak perempuan membalas sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sepasang seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.
Untuk upacara membatalkan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan. Ia merupakan cincin pusaka permata nilam yang menjadi amanat arwah ibu Jimmy untuk disarungkan kepada bakal isteri Jimmy.
Lebih manis apabila pihak pengantin lelaki membawa mas kahwin dan duit hantaran bernilai RM31,186 yang bersamaan tarih lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986.
Berusia 30 tahun, Jimmy menyimpan hasrat untuk memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya itu.
Tahniah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...