Khamis, 31 Mac 2011

♥ cuppies4you 2nd giveaway ♥

♥♥ Disclaimer dari Mumun ♥♥
Ini adalah Entri melekat pakai gam gajah sampai 31 Mac nie..
Segala entri baru sila skrol dibawah, tq ♥♥

Mumun nk try luck la kak lina, xpernah lagi rasa kek akak yg akak ckp sedap sgt tu.. (adakah ayat ini terlalu menganjing sgt eh) hahaha cas cas nk cabar akak nie dgn kata lain (bak meh bg mumun rasa meh!) ada berani kah?

haha ampun.. dulu order pun untuk kawan, xorder pun untuk diri sendirik.. nak taw kenapa? sebab die pindah dr yong peng ke sini.. eh sini? ape bendaa la.. kak, mumun pun dah kat selangor nie.. hahaha jeling jeling penuh makna.. lala.. abes merapu..

nk join kah? kopipes jer la part *** itu.. (uit mumun xmelucah ea) tgk bawah nie memang ada part *** eh? hahaha


***
Giveaway by CUPPIES4YOU
Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!
So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.
  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.

***
END-MUMUN


Rabu, 30 Mac 2011

R Series Designer Collection

Promosi bulan 3
Eh tinggal arinie ngan esok jer la
Sebbaik sempat beli
punya asek nk bertangguh
sebenarnya tunggu gaji masuk hehehehe

akhirnya ianya jadi milik ku
ntah pape
macam beli yg beratus2 jer..
padahal RM29.90 satu set

teringat kat cik Asiah
dulu selalu mintak die jer
hahahahahaha

sebenarnya mumun suke sebab ianya PInk
LoL


kat atas nie ada
perfume
hand and body lotion
body powder
body spray
deodorant
add on cream comel 2box

nuno and air kotak tu xinclude
air kotak pun free sebab beli jus 2 liter
hahaha

ps: shopping bukan setakat ini

Isnin, 28 Mac 2011

Episod Terakhir Doraemon



last episode of Doraemon
tetibe terasa nk gugel cerita doraemon kat youtube tadi

Saya membesar dengan cerita doraemon
dah beso nie pun kalau xkerja ari sabtu mesti tgk ntv7 pukul 7.30 ptg
hehehehe
kalau tak pun kat astro ceria selalu kuar gak kan?
tgk la dua ploh pat kali pun masih layan okey..
komik? hahaha zaman kecik2 dulu selalu pinjam ajer..
kah3..
mana ada duet nak beli.. lol

Ahad, 27 Mac 2011

14 fact you should know about Doraemon



Selamat tengah hari semua… Sape yang lahir tahun 80an cam Blur nie mesti time hari sabtu sebok dok depan TV time pukul 7.30… Sebab nak tengok katun yang paling famous time tue iaitu doraemon… Katun Doraemon nie memang top time zaman Blur kecik-kecik dulu… Sekarang nie pon katun nie masih belom tamat lagi dan masih lagi di tayang di NTV7 pukul 7.30 juga… Kadang-kandang ade movie die dekat Astro Ceria… Walaupon dah 20 lebih Blur still layan lagi… Sebab syok dari mengadap Facebook je hari-hari… Korang tahu tak fakta sebenar berkenaan Doraemon nie??? Jom layan…

1. Nama Doraemon sebenar dicipta daripada dua patah perkataan iaitu Dora & Emon…

2. Nama Doraemon dalam bahasa Jepun ditulis daripada gabungan huruf katkana & hiragana… Huruf katakana iaitu Dora (ドラ) & huruf hiragana untuk Emon (えもん)… Maka jadinya Doraemon (ドラえもん)…

3. Nama asal Doraemon ialah MS-903… Ini adalah nama asli bagi Doraemon yang dipanggil oleh sang pengcipta…

4. Tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112…

5. Angka ajaib bagi Doraemon ialah 1293… Kenapa???
  • Berat 129.3kg (258 lbs)…
  • Tinggi 129.3cm (4’3″)…
  • Boleh berlari sehingga 129.3km/j (80.3mph) ketika ketakutan…
  • Melompat 129.3cm (424.2 kaki) ketika terancam bahaya…
  • Kekuatan maksimum 129.3bhp…
  • Saiz pergelangan tangan 129.3mm…
  • Saiz kepalanya lingkaran dada adalah 129.3cm…
  • Kaki berdiameter 129.3mm…
  • Ianya diproduksi Saptember 3, 2112 (12/9/3) di Pabrik Robot Matsushiba…
6. Nama kekasih Doraemon ialah Noramyako… Die break up dengan Doraemon kerana Doraemon dirasakan terlalu pendek baginya (setelah telinganya dimakan oleh tikus)…

7. Warna asli Doraemon ialah kuning… Setelah telinganya digigit tikus, dia menangis di atas menara dan minum ramua berlabel ‘kesedihan’… Ketika dia menangis warnanya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan itu…

8. Sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)…

9. Jumlah alat di dalam poket Doraemon ialah lebih kurang 4500 alat…

10. Alat Doraemon yang paling popular ialah:
  • Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja)…
  • Take-copter (Baling2 Bambu)…
  • Kuukihou (Meriam Senapan Angin)…
  • Time Machine (Mesin Waktu)…
11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yg menjadi ekornya…

12.  Dorami lebih hebat dari Doraemon… Dorami mampu menghasilkan kuasa sebesar 10000 tenaga kuda, berbandingkan dengan Doraemon yang hanya mengeluarkan sebesar 129.3 tenaga kuda…

13.  Dorami sebenarnya tidak langsung muncul dalam keluarga Nobita, namun di keluarga cicit-cicit Nobita di abad 22 yakni Sewashi… Dorami dibeli untuk menggantikan Doraemon, yang dibeli  untuk menemani Nobita…

14.  Doraemon berak cam ne? dia kan banyak makan dorayaki? Sebanarnya, sistem pencernaan Doraemon berupa mesin, dan mampu mengolah bahan apa pun (organik maupun no organik) menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas…

dpt info masa berjalan2 baca entri2 kat SINI

Contoh resume tak boleh pakai

Mencari contoh-contoh resume untuk apply kerja kah?
oh salah tempat lor..
kat sini ada contoh resume tapi tak boleh pakai lorr
hehehe




s.e.n.g.a.l
lol

Evident Kluang Rail Coffee disahkan mengandungi DNA khinzir


Serbuk kopi kluang rail coffee mengandungi 0.01ng DNA khinzir!
Nano tak nao, its still have the DNA yer kawan-kawan
Madu juga dikesan mengandungi alkohol melebihi tahap yang dibenarkan sebanyak 0.01% iaitu sebanyak 0.04% !! varians of 0.03% harap maklum
patut lah semua ketagih lepas one try
bare in mind its still haram for muslims

ralat: kat entry nie (betul ker kluang rail coffee tak halal) mumun tulis kaya ada alkohol tp sebenarnya madu. kaya tidak dikesan mengandungi lemak babi atau alkohol pula.

psst: pernah  berangan nk lepak kat sana tapi syukur tak pernah la pergi. Alhamdulillah.

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour 2011 ke laut


baru sahaja selesai kempen Earth Hour 2011
next!! la setahun lagi la..
tahun nie Earth hour ke laut
mumun tdo sebab penat sgt td ada catering kat the mines
bilik mumun sah sah la gelap
sekali nah kau keluar bilik terng benderang
housemate xsupport pun, cis.. haha
sekali jam 9.45pm cmtu br diorg tutup lampu
tgk tv! adoyai..
hahaha
tahniah sesape yg support Earth Hour 2011
tahun depan support lagi. hehe

Kisah pengorbanan seorang adik lelaki kepada kakaknya.

Pengorbanan Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”.

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”.

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun, adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.

Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!”, aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya.

Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!, Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan". Aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak". Apa lagi yang saya tahu selain meraung.

Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.

Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.

Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya.

Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” .

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”, katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar". “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

psst: baru nk share padahal da baca lama dah, bace beberapa kali pun rasa sedih mcm nk nanges.. haha

Khamis, 24 Mac 2011

Kamilah Datuk T, T for Trio..


Abdul Rahim Thamby Chik (duduk kiri) dan Shazryl Eskay Abdullah ketika sidang media mengenai pendedahan sebuah klip video membabitkan aksi seks


MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam. Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.
Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.
SIAPA Datuk T (Trio)?
Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Apa peranan mereka?
Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.
Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.
“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.
Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.
Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.
Mengapa pendedahan dibuat?
Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”
Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.
Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.
Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?
Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”
Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”
Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?
Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”
Mengenai penglibatan Johari Abdul?
Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.
Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.
Mengapa dedahkan sekarang?
Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”
Mengapa tidak dedahkan kepada polis?
Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.
Siapa lagi terlibat?
Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio.”

Pakai lah Legging tu lagi bile mandi

Pakai legging kaler CERAH bile mandi?
hah pakai lagi pakai lah lagi
boleh masuk dlm blog
boleh masuk dalam facebook

stupid
kesian mak ayah kau
dah ajar pakai tudung tp lupa nk ajar jgn pakai seluar cerah masa mandi

kalau tak pakai tudung mumun xkesah weyh
legging cokelat, spende hitam
komengga komengga!
nasib pict dr belakang
kalau dr depan???
hah jawab jawab!!
kalau baju die kaler cerah?
bikini tros la dikkk
murah jer, 2 singgit (mail, upin ipin)
hahahaha

disclaimer: iman tak kuat jgn tgk! mumun tak bertanggung jawab kalau idung berdarah yer.. huahuahua







mumun dah ckp jgn tgk kan td, tak bermoral nie pict nie..

betul ker Kluang Rail coffee tak halal nie?


Bandar kluang terkenal dengan Kluang Rail Coffee
mana-mana orang cari coffee nie
OMG, mcm ada pernah ternampak Coffee nie kat rumah!!

menurut sumber
Pejabat Agama Islam Kluang yang sah kan
wallahualam
Mumun takut jadi fitnah
takper, kita cekidaut kesahihan berita ini later

diorg cakap ada campuran minyak babi dalam serbuk kopi tu
dan ada campuran alkohol pada homemade jem kaya yang femes tu
serius mumun dulu teringin sangat nk pergi sana
taapii dah dgr cerita mcm nie rasa syubhah pulak

oh ditengah-tengah malam nie perut berkeriuk terbayangkan roti dan jem kaya dalam tin tu..
yummeh!

Rabu, 23 Mac 2011

soalan-soalan bocor dan hangit - subjek Sejarah SPM,

Subject:SPM 2010 - PAPER SEJARAH -


Malaysia history


Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

MAAF... ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAB...



Mumun pun fail okey, jgn risau.. haha
dapat dari sumber sini

Semak Result SPM 2010 guna SMS je yok!!

Result SPM 2010 keluar arini jam 10 pagi karang lah..

Cepat-cepat pegang handphone..
feeling-feling nk hantar SMS..

eh!!! apa kono ea jang!!!
Dah 6 tahun lepas kot ko amek SPM mumun oii.. haha
ko hantar limabelas kali pun tetap nama anda xda dalam senarai, harap maklum..

feeling-feeling muda remaja lagi..
hampeh~~

Ini cerita sebenar weyh, sekarang dah bley check result SPM pakai SMS jer weyh.. pergh senang seyh.. tak yah ler susah2 mcm mumun dulu parent kene apply cuti, adik2 yg sibuk nk ikut kene apply cuti ponteng sebab nk meneman mumun amek result SPM yang suam2 kuku tu.. hahahaha.. jauh kot Kulai ngan Muar tu.. eh jauh eh? hahahaha

Di petik dr website
cara-cara membuat semakan ye adik-adik..

Taip SPM SEMAK No Kad Pengenalan No Angka Giliran hantar ke 15888

Contoh:

SPM SEMAK 811118035444 CK008A047 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS ini akan dilaksanakan bermula pada jam 10 pagi, 23 Mac 2011 hingga 12 Malam, 30 Mac 2011. Setiap caj penghantaran dikenakan RM0.15/SMS manakala caj penerimaan ialah RM0.20/SMS.

pst: Good luck yer adik-adik! Cuzzin i ader yg amek SPM kah tahun lepas? entah tak pasti lak..
hahaha Good Luck jugak buat staf-staf mumun kat a&w tu.. ada 3 orang tak silap mumun.. ingat janji korang eh dapat satu A kene belanja miss mumun ok.. ada berani? hahaha keji eh.. diorg tak janji ngan mumun pun..

Selasa, 22 Mac 2011

cara-cara nk dapatkan perut 6pax!!

Mudah jer.. terbaik lah.. haha..



tak kesah la korang nk buat 6 pax ker 9 pax ker 12 pax ker 20 pax pun bley
tu kene pakai jaring yang org wat reban ayam tu ler..
hahahahahahaha

agak2 yg lemak banyak tu haha
mesti comel dan2 letak terus terbentuk!
wow haha
joking!

Isu: boleh ke tidak Nikah di Masjid??

Patutler lately ramai yg bercerita pasal nikah kat Masjid nie boleh ker tidak..
berikut adalah penjelasan yang telah dipetik dr berita harian yer

ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.

“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07 juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam. -
Berita Harian


Jadi, ianya tak salah yer kawan-kawan.. Tapi personal opinion Mumun la kan.. boleh nikah kat masjid sebab memudahkan kerja pak imam tu, sekali kau orang pilih tarikh yang pak imam tu kene kasi gegar tangan pengantin lelaki tu sampai berpuluh orang sehari tak berpeluh ketiak pak imam tu nk pergi umah sorang-sorang? hahahaha

lu pikir sendiri.. belum lagi kang mak pengantin soh makan lagi.. pak imam sosat tak jumpe umah pengantin ker.. jalan jem ker.. hihi..

tapi yang tak berkenan nyer, pengantin pengantin sekalian beradab sopan sket yer kalau nk nikah kat masjid tu.. jangan kang elok2 kat masjid korang pi bercium2 plak dalam tu.. hey get a room ler.. tak menyabo.. alamak tetibe teringat semalam baca berita laki kris dayanti terus2 xtahan cium bibir kriss oo.. sabo ler broo,, tak lari beb.. hahahaha.. sebab nie la kot yg jadi isu tu...

toing toing.. tak baik ngumpat.. hak3..
psst:: mumun takda lagi perancangan ler ke arah itu.. hajat di hati memang mahu taaapiii bajet takdak!!!! hahahaha.. cube jelaskan kat sini bang!! hahaha.. beng!

Misi mengejari Doraemon yang tak berjaya

mula-mula sekali nak kredit pada google image atas semua pict pict ini

hal ini kerana...
misi mencari dan mengejar serta melihat
kesemua hot ballon nie masa hot ballon festival aritu adalah tidak berjaya
sedeyyy oooo
sebab hujan kot!!
tak nampak pape..
mumun pun sorang jer
xberani nk turun kereta..
lagipun kereta banyak..
parking pun jauh ler..
tak sanggup nk meredah hujan nk jumpe doraemon..
eh eh.. haha


doraemon di malaysia

bukan doraemon je, kawan2 pun ada

kat sini la...
tapi harap maklum dah habis dah..
kih3..

ini kisah hari ahad lepas
sekian

Sabtu, 19 Mac 2011

Green Apple di plagiat sekali lagi!

Green Apple vs Red Butterfly




 vs




macam melampau exegerate betol dah font yg mumun guna ari nie
kesian kak Di asek kene plagiat jer..
dulu Zana sekarang red butterfly plak
eh pulak dah korang nie
sesuka hati jer nk plagiat 100% eh kak Di ckp 98% dari blog die
siap gune pict sama, ayat sama
kdg2 nama je die tukar itu pun ada yg die terlupa nk tukar
hahahahaha

kesian
be your self babe!
kita berblogging bukan pasal nk glemer pasal kes nie kan?
be yourself okay
reader kita sendiri boleh judge
=)

adios nk pergi kerja
kang mlm karang sambung spot cek
will be check in kat Residence Hotel tonight!
jumpe family of coz!
baru balik pahang aritu pun nk jumpe lagi
rindu kot!!
psstt huda, selamat tinggal.. sape soh ada pogram sok xdapat akak nk singgah amek kau!

info tambahan: ada gempa bumi katanya di Indonesia pagi tadi jam 10.30
later tgk tv mumun hapdet

Jumaat, 18 Mac 2011

Kak Jemah... buat apeee tuuuuuu??

Makin hebat ler kak Jemah aka Kak Viruspadu nieyh
kene interbiu ape sampai tembang2 kuncup idung tu hehe
cube crite cube crite



Kemarau!!

Setelah beberapa bulan kemarau BE (eh ye ker? entah lama dah tak aktif kat sini)
finally muncul seketul
tapi AirAsiaX New Zealand (india)
hahaha motip?? mana la ada duit nk pi melancong ke luar negara bagai
hehehehe..
by the way tenkiu le..
naik ler tinggi2 sket
penat menunggu hasil danak setahun tak bley2 lg cashout
hahaha


mesti tengok!! Video Bukan semua cantik subjektif

Ada jer video nie kat youtube
Adik Mumun yg jumpe and share dlm facebook
lama gak la terperam tanak tgk
nah kau sekali tgk kelakar plak
-ada lg yg best tp buat masa nie budak nie wat mumun sakit pwot gelak terguling-guling
jom tgk video bukan semua cantik subjektif dari matluthfi90
suke part akhir

<iframe title="YouTube video player" width="600" height="368" src="http://www.youtube.com/embed/j8N4BLv0-fc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Khamis, 17 Mac 2011

-- gambar: tsunami lagi --


kapal ditengah bandar
Tsunami yang bawa
Semoga mereka di sana baik-baik sahaja
Amin

Loji Nuclear di Malaysia

Say No to cadangan pembinaan loji janakuasa nuklear di Malaysia
Ambil iktibar dr kejadian letupan loji janakuasa nuklear Fukushima Dai-ichi di Jepun
Speak and act according to brain not leg
thank you

Mumun sokong Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya di SINI 

 sumber: berita harian

sumber: yahoo.com



Selasa, 15 Mac 2011

Al-Quran dan Tsunami di Jepun

Selamat pagi..
Mumun nk share info yang mumun petik dari blog kak arora. Subhanallah. Sesungguhnya Allah yang lebih menegtahui.. tetibe terflashback cerita knowing.. tgk ngan sape ek knowing? hahahaha..

SUBHANALLAH... HIKMAH DITEMUI SELEPAS BERLAKUNYA SUATU KEJADIAN....


Sekarang ni hangat orang dok memperkatakan tentang isu tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu.

Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam, Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..

Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..

p:s: nice kan? sharing is caring,, bermuhasbah diri sekali.. =)

Ahad, 13 Mac 2011

Imej Satelite before and After

Mumun jumpe website yang memaparkan imej satelite before and after bencana tsunami di Jepun tempohari.. Nak taw ape yg mumun terbayangkan masa 1st time dgr jepun dilanda tsunami? kejadian berlaku jam 1 petang waktu malaysia kan? mumun kat tempat kerja lagi.. nah terbayang satu movie yang pernah mumun tengok dulu, tak silap tajuknya sinking of japan..

imej-imej tersebut boleh didapati di website ini

Malaysia femes sebab karikatur.. buat malu jer la weyh haha


Kene kutuk kaw-kau maa
tempias maa
tak patut tak patut
org ngan sedih persindir pulak
ape nk jawab ngan dunia nie
jgn tiru yer kawan-kawan
sok kabar mana?
hahaha
mesti korang taw punya lah

Sembilan lah bukan 8.9

Laporan terkini menunjukkan bacaan sebenar gempa bumi di Jepun minggu Jumaat lalu adalah di skala 9 bukan 8.9 seperti yg dilaporkan selepas di review semula. ehh apesal kejap bm kejap bi nie.. haha.. sot..

Takziah diucapkan buat warga Jepun yang terlibat dalam bencana ini. Tak dapat nk dibayangkan duduk kat dalam bangunan yg bergegar-gegar.. mesti takut yg teramat.. Semoga kita semua dilindungi dr bencana.. amin..

gambar contoh rumah yang musnah akibat gempa bumi.. Muhasabah diri sekejap.. tak guna bangunan yang tersergam megah, sekiranya Allah mengkhendaki musibah menimpa ke atasnya makanya boleh jd sekelip mata semua kesenangan itu ditarik semula.. Maka jadilah hambaNya yang bersyukur..

Merong Mahawangsa Review


Review? Nan hado.. mumun pun xtengok lg mcmana nk tolong review kan..
Sana sini member tulis status Merong Mahawangsa..
Tweet sana Tweet sini..
Koorang korang sengaja jer kan wat mumun jeles kan?
hahahahhaha

ps: current life- org lain cuti sy kene kerja, orang kene kerja sy pulak bercuti.. ahahaha.. terbaik ooo..
Sumthing happen, not really enjoy my day.. rasa nk pergi jalan-jalan.. nampak gayanya kene jalan sorang-sorang la nie.. rindu kat kampung, rasa nk balik jer!

Sabtu, 12 Mac 2011

Kamu dan Dia memang serasi bersama


pergh serasi bersama nampaknya
agak2 ada tak broadband pink?
kalau jumpe nk angkat aci?
yg sedia ada?
trade in boleh ka?
hahahaha

abaikan signal kaler hijau
geram line celcom broadband tak berapa nk best
maybe dok umah flat kot
kene duduk kat certain-certain tempat br dpt full blast
hehehe

Jumaat, 11 Mac 2011

My OFF DAY activity


believe or not
Mumun makan sorang nie kot!!
Housemate jual mahal
hahaha
ada aku kesah?
pewot yang untung
hahaha
1st time order ngan Domino
terbaik maa servis die
siap dpt kad  'sorry we are late'
boleh claim regular pizza next order
hahahaha
padahal lewat 2-3 minit jer kot..
30 minit dijamin sampai terus depan pintu rumah
my housemate siap tak berani nk bukak pintu
almaklumler kelmarin ada org gile dpn umah
ketuk pintu mintak duet
tak bg die mengamuk
terus we ol fobia
hehe

Nk order Domino's?
meh kol nombor nie
1300888333

SM Batch Squid 3 ekor.. hahahaha..


rasanya dah lama gile nk upload pict nie
tapi hp sony ku asek wat hal jer
tak bley nk upload tros kat blogger

lepas kitorg amek pict nie tros kene marah ngan pak guard
sebab kak diana naik atas mainan tu
midnite dah nie after closing kedai
patutnyer kena kuar dah

dari 5 org batch sotong tiga ekor nie
(3 ekor? pdhal kami 8 org.. haha ada ceritanya)
sorang dah tarik diri
tinggal kami berempat geng gurl
batch sotong tiga ekor

yg len apa khabar yer?
good luck semua
semoga dapat bertahan
hahahahahahahaha
motip gelak tak ingat nie pesal?
hahahah

 

Khamis, 10 Mac 2011

Lambat lg ker bro??

Perut dah menggigil lapo nie..
Nie la menggedik nk order gak online..
padahal taw kan mana restoran tu..
kunun nk jimat tak yah guna petrol..
nah kau sekali order macam nk bagi 5 org makan..
padahal kat rumah nie tinggal 3 org..
yang len takder g keje ngan merayap..
yg sebenarnya dlm dompet tinggal RM5 jer..
malas giler nk g draw..
order online senang..
zap zap masuk tac number jer..
hahahaha.. tak rasa duit keluar..
oh dear.. mana nie.. mana nie..
hahahahahahahahaha..
sangkut nk mengorder jer dah sejam td..
line siput sedut punya pasal..
hahahaha.. eh rilek la.. br 27 minit..
tp 30 minute gerenti kan?
huahuahuahua

Jangan datang dekat !

hehe Mumun share dari Nursyuhada Fatihah Zaima
Rasa mcm menarik pulak nk share.. Thanks mama abah sebab tak bagi kami dating-dating..
eh eh eh.. korang baca la.. best ler..
oh ya, tetibe teringat dulu pernah dapat kad raya dari "Nobita"
ada sesiapa yg nak mengaku tu sape? sampai sekarang mumun xtau tu sape..
hahahahahaha

Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Ahad, 6 Mac 2011

Candy Pink

Done!
Thanks both my parent dtg hantar mlm td
Alang2 diorg memang ke sana belikan huda punya, mumun kirim jer la sekali
owh bulan2 jangan lupa kutip hutang dr mumun ya
haahahahaha
loan dengan parent sendiri-terbaik!!

focus for tomorrow
chaiyo chaiyo
doakan mumun berjaya

Selasa, 1 Mac 2011

Target Target Target















=

=

mesti ada Ini


sila ikut turutan haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...