Khamis, 29 April 2010

sneak review - BBQ kat Tg Aru


Ntah biler la mumun dapat amek pict yg banyak2 nie.. Dena bilang ada 500++ matilah.. hahaha.. oke2.. nak story tp malas ler.. nanti ler.. tunggu org abes exam ler..

p/s: ana, mengapa anda posing begitu? sedang bergurindam kah?

Selasa, 27 April 2010

DugaanNya-Hujan

Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi Hujan di tengahari.

p/s: sebbaik xsempat basuh baju arini.. hiks..

Denda-denda semasa Games

Semalam, xsempat nak buat banyak game.. untuk menjimatkan masa kami main 2 dalam satu.. combine pemberita banyak kepala dengan balang berpuaka.. kuang2.. memang puaka sebab diorg nie kejam giler.. ada sket yg selamat untuk mumun salin.. yg len sume da kene buang...
  1. senyum sampai orang gelak
  2. menyanyi dengan mengepit hidung
  3. buat peace dan mintak orang ambil gambar
  4. salam semua orang
  5. purpose sampai die terima
  6. buat aksi katak kembung dan katak kempis
  7. jerit sekuat hati sebut nama kekasih
  8. suap bday gurl mulut ke mulut
  9. pass denda pd hasnira:kembangkan hidung anda
  10. ketuk ketampi 20 kali
  11. nyanyi lagu Birthday
  12. peluk bday girl sekuat hati 
  13. nyanyi lagu UMS
  14. nyanyi lagu negaraku irama malaysia
  15. pas denda dengan sis:kembangkan hidung anda
  16. di make over
  17. berlari ke laut sambil menjerit aku benci kau
  18. buat gaya beruk
  19. peluk pokok sambil luahkan perasaan
  20. tawaf 7kali
  21. ambil kamera dan ambil pict sekarang
  22. perkenalkan diri anda
  23. ambil air laut dan bawa ke sini  
 mengapa berwarna warni? nak bgtahu bukan satu kepala jer yg tulis denda nie.. sila cam ayat masing2.. hahaha.. korang sangat jahat.. esp yg kaler purple atas tu.. saper tuh? opppss.. hahaha..

Isnin, 26 April 2010

Birthday Bash!!

Entry post yg pendek jer la..
Penat giler satu hari nie..
Now badan lepak, nk bc buku pun da xlarat..
Pict malas sedot..
Cukup la beronggeng arini..
mo tidur sebentar bersama nuno.. daa~~

HAPPY BIRTHDAY ASIAH

Ahad, 25 April 2010

HN06 Last Memory Pict Event

Just nak sharing info untuk kengkawan Sekolah Sains Makanan Pemakanan (SSMP) khusus buat pelajar-pelajar batch HN2006 yang belum tahu..

Pada 4 May 2010 akan datang, akan diadakan sesi penggambaran terakhir beramai2 untuk HN2006 selepas final exam Food Law yang dijangka selesai pada jam 5 petang.. Kebetulan kite semua akan exam kat Dewan Canselor, so gather depan DC at 5.10pm yer.. Lokasi penggambaran adalah di Dataran Dewan Canselor. Dont Miss It !!

Walaupun selama 4 tahun kite bersama xsemua nama yg boleh diingat, tp xper lah.. hahahahahaha.. ada aku kesah? hahaha..

oke2 sesape yg belum lagi click link nie sila click untuk join.. For UMS student SSMP batch 06 only okay! so far baru 77 orang yg dah confirm nak join.

xsabar oke, hopefully lah xhujan masa tu.. Last kenangan bersama rakan2.. tssk tssk xlama lagi bakal meninggalkan UMS, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Amin..

'My School'
Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan
Universiti Malaysia Sabah 2006-2010

Mumun bakal merindui tempat ini.. 4 tahun bersamamu.. err plis jangan tambah oke.. hihihi.. wish me Luck..

Selasa, 20 April 2010

How to Train ur Dragon Review

Semalam after Exam Special Topic, Mumun g OneB nak ilangkan stress..
hehehe.. memang ilang stress tgk cerita kartun (walaupun agak ketinggalan)
sob3.. xder masa nak g tgk taw, dalama kuar br g tgk..

How to Train your Dragon


Best oo walaupun Mumun termasuk lambat 10 minit.. hahaha.. gara2 cerita stiletto tu la.. hahaha.. cerita ntah pape.. hahahaha.. biasalah cerita melayu.. ada sesape nak marah mumun sebab cerita melayu selllow cm siput? hahaha.. trust me, sudah2 ler korg buat cerita cinta meloyakan tekak oii.. kalau tak pun cerita merempit sana merempit sini.. tunjuk cmner bohjan cmner bohsia.. budak2 melayu suker la tgk, eh i mean yg budak2 tu.. i know my lil cuzzins.. huhu.. sungguh cerita yg konon2nyer bermoral tu korang tgk.. come on la.. tgk cerita kartun lg baik oke.. mentaliti producer pengarah xsama la dengan people outside.. they intend to follow la.. oh anyone sile tolong sampaikan kat diorg.. im sick of kind da story like this.. haha.. *membayangkan duit aku pun rugi tgk oke.. donlod jer pun boleh* hahaha.. sape soh tgk.. oh pengaruh rakan sebaya.. oh my! matilah aku kene bambu jap lg.. hahaha.. dah2 bek stori cerita berpekdah sket..

TOOTHLESS tu sgt COMELL.. saper toothless tu?



Toothless la sgt.. haha ader gigi la.. haha.. Sejenis dragon jenis Night Fury, kunun2 susah mo nampak.. and Hiccup berjaya tangkap die, tp satu kampung xmo percaya.. tp hiccup nie baik, g lepaskan toothless and jaga toothles since sayap kat ekor toothless da tercabut sebelah disebabkan insiden terjatuh tu.. Hiccup yg rasa bersalah g la buatkan sayap baru toothless tu..



 Toothless nie.. eleh modify sket jer dr watak STICH.. haha.. tak percaya? tgk r sendirik.. papehal dua2 pong comel.. haha


hehehe.. alamak tercerita serba sedikit lak.. nak tau keseluruhan cerita pergi la cinema yg berdekatan or, ala donlod jer.. haha.. nk mintak org tolong donlodkan mcm biasa la.. hahahaha.. best best.. tapi lagi best kalau dpt tgk yg 3D punyer.. uwaa... sempat ker nak balik tgk yg 3D nie.. cm xsempat jer.. hik3.. xper la berangan jer la.. oke..


p/s: sy tahu sy terlambat, jgn gelakkan sy.. haha eje gelakkan sy semalam.. hahaha.. sy bizi.. lalala..

Ahad, 18 April 2010

Final Exam Sem2 2009/2010

19 April 2010
- 9am till 12pm: Special Topics (DKP 3)

28 April 2010
- 9am till 12pm: Finance (DKP5)
- 2pm till 5pm: Food Service (DC)

30 April 2010
- 2.30 pm till 5.30 pm: Account (DC)

4 May 2010
- 2pm till 5 pm: Food Act (DC)

Good Luck!!

Bom Lama di KKIA??

Jumpa bom? bom zaman mana? errkk nie cerita betullah.. xcayer tgk paper hari nie..

sebuah bom lama dijumpai di tertanam berhampiran kawasan Landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Lapangan Terbang berkenaan telah ditutup selama 2 jam

tu jer nak share.. dun worry da dimusnahkan dah pun.

peace

Selasa, 13 April 2010

dugaanNya-sakit

Status ku di Fb hari nie adalah.. "Ya Allah, Sakitnyer"..
Sesungguhnya aku telah diuji errr rilek r... Huhu..

Rasa2nya mana lg sakit? huhu..

moral of the story: jangan skip makan

Isnin, 12 April 2010

Last Class [InsyaAllah]

Hari nie busy. Thesis + Assignment + Lab Report. ----> dgr cerita kene tambah lagi satu lg report for pg td seminar.. woooot!! tgh lambakan keje nie, ditambah lagi.. (T_T)

Pagi td lawak, pergi Kelas @ Seminar tp saya xdapat masuk dalam bilik Auditorium Library tu.. Ramai2 kene kunci kat luar sebab terlambat.. Sy agak lambat sebab sy busy.. hahahaha.. semua org busy sekarang.. yes, i know.. (^-^)... Tak dpt la nak recognize sorang2 tp siyes kelakar.. haha.. Mumun, Azah, syikin, Welzan, Stanley, Della, and ala bdk2 chinese sy xingat name la.. [wott wott, dah last kuliah, 4 thn pon ko xhengat nama lg, apa kes??---> byk bende len aku perlu ingat, keke].. Tapi syukur alhamdulillah, finally dapat jugak masuk.. erkk hahahahaha.. shhhh..

Pastu jam 11 sepatutnya ada kelas, disebabkan stuck kat library sampai 11.30am, cepat2 oo gerak ke DKP 6.. Sekali eh? Mana kereta En Amer, ada ker takdok nih.. Tepon Kema, tp bertuah nda diangkat.. berkira2 br jer plan nk blah dr situ, tetibe Kereta Vios beliau park sebelah~~ Aiyo.. nasib mumun baik!! cepat2 capai file ngan beg n cepat masuk.. arr arr.. kedapatan datang lambat! Harini, juga last kelas Finance.. oh ye, mumun repeat oke subject tu.. hahaha.. ini adalah disebabkan, terkantoi sem 3 aritu.. lalalalala.. bikin malu sajork.. tp xkire, i buat donno jer la walau terasa asing dlm kelas tu.. sebbaik ada Akma ngan salina.. =)

And arini jugak En Amer tunjukkan carry mark kiteorg.. Oh yer, kalau la tetibe En Amer tersesat ker masuk dlm blog nie, Silelah Silelah bagi saya A please (◡‿◡✿).. pang, sedas dua, dush dush.. haha sila usaha lebey sikit lg oke.. sy tahu sy lemah chapter 6-8 tu dr dulu lg.. Tp best oo beliau ajar, mudah faham plak rasa, cume kene lebey pektis lg.. *buku Finance sy adalah buku yg paling Lunyai sy pernah ada, terbelah 2 sudah.. Aiseh~~


oh yer, xingat habis jam berapa... jam 1 kot.. keke g makan ngan bdk2 nie kat Kg E.. Err rasa2nyer, perut sy masih belum pulih sepenuhnyer untuk sy makan pedas+minum jus.. Now masih lg terasa sakit yg teramat.. Oo Gastrik, time2 nie la ko kaco aku yer.. *marah, grr*... Kek Indulgen mumun xhabes lg nih.. xder selera tetibe.. Trimas Lolit belikan td.. huhu


Tak sangka Last Class aku cmnie rupenyer ending die, insyaAllah.. SP sila lah kasi lulus aku ya!! err.. cuak!! Mesti nanti  Mumun rindu moment2 pergi kelas, g kelas lambat (err sila jgn ikot, jam dlm kete sy lambat 4 minit!).. Td kelam kelibut xsempat nak berbual panjang dgn member2.. Tskk tssk agak2 bile la kite akan berjumpa lg lepas nie.. STOP it, ada lg sebulan lebey lg ler.. rilek ler..


p/s: kawan2 jgn lupe isi buku otograph aku yer, (◡‿◡✿).. Sape2 yg kutuk aku Old Style ke aper, haha suke i ler.. hahaha.. korang tulis bagus2 sket r, nanti aku mo kasi anak aku baca.. hahaha.. Ngeng!


-abes merapu-

Personaliti berdasarkan bulan kelahiran

Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato Dr. Fadzilah Kamsah.Sape tak kenal kan?
Cube tengok bulan kelahiran korang pulak

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • orang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Ahad, 11 April 2010

xsuke xsuke

pepagi mood dah down.. blergh!! thesis tak siap2 lagi.. mo muntah tengok number.. bencik!! huhu.. Mood down giler tetibe bile tgk arini berapa haribulan.. arini dah 11 hb.. err.. xsuke no 11 dah sekarang.. kalau dulu xsuke no 19 ngan 29.. sebab siyes asek teringat peristiwa tu.. haha xder kene mengena..

Sebenarnyer, mama mumun br tepon.. kucing kat umah yg mumun cyg si Putehcik aka Mumu dah mati!! errr.. camner?? tinggal Velvet ngan Chipmunk ajer.. huhuhu.. nak bawak cebol ngan bujal balik semenanjung as they requested aci tak? aci la.. haha.. hoi, g la cr kucing kat sana jer jgn sebok2 soh aku bawak kucing kat sini balik johor.. banyak lg barang aku kene bawak bungkus balik okeh!! haha..

ni pict Mumu aka putehcik
rindu kat die tp da mati... waa..

Sabtu, 10 April 2010

1Bulan 3Minggu.. (=_=!!)

Cube teka Mumun nak pergi Mana (=,=!)
hehehe..

klu: jumpa buah hati pengarang jantung gak
hiks

poyo gile, mcm nak tampo je.. haha..
jap yer vivit, nanti akak balik yer,..

Khamis, 8 April 2010

Mumun dan Gold Flakes

Cerita nie basi dah.. haha.. 5hb aritu.. Memula pagi tu nak g Carrier Talk kat SSMP tp start lambat sangat Mumun pun ter Blah la ke Epot MAS amek rumet Mumun.. Balik2 tu lepak jer dlm bilik sambung buat keje.. Tapi mumun sempat tapau breakfast kat Kg E.. Tp ntah cmner, perut still rasa xsedap.. Takper, sambung wat keje.. Lapo kot.. Then dapat SMS dr Miz Lolit ajak kuar, kunun mo cr waffle.. Tapi end up kami Makan KFC.. hahaha..

Tapi sebelum tu, macam biasa la.. u ol nie macam tak tahu plak hobi Mumun suke melencong dan bersiar2 dalam GIANT tu.. hahaha.. Okeh, niat cume mo beli vitagen SAHAJA.. tp u ol percaya ker itu jer yg Mumun angkut masuk dalam Bakul? (oh ya Lolit g amek bakul ape pasal? hahaha kan dah teramek banyak) hahaha amekk~~ Pusing punyer pusing.. Corner punyer corner.. tetibe Mumun tengok Atas.. alamak ader la pulak!! Sila tengok pict dibawah..


Lama oke tak nampak Nestle Honey GOLD flakes nie.. tssk tssk Giant KF tak pernah ader pon!! puas aku mencari selama nie.. yeker? ntah2 pakai lutu.. mana nak nampak.. hahaha.. tapi yang jadi masalahnyer...


APA PASAL KORANG LETAK BENDE NIE KAT RAK PALING TINGGI NIH??

Termenung oke mcmana nak capai sekotak bijirin yang sihat ini.. Tetibe terbayang scene sebelum tu Lolit hulur CalciYum tu, tp Mumun bley ckp Mumun xberniat nak tinggi lg.. hahaha..*berlagak! ameek*  Toleh kanan toleh kiri xder gak tangga ker aper.. dlm ati pikir, mumun da xpeduli aper nak jadik, mumun nak panjat gak.. Letak barang semua pada Lolit, n start panjat..

Mumun: Alamak!! still xsampai!! camno nih!!

tetibe datang seorang hero.. alamak nasib baik Uncle Cina yg baik ati ok, kalo bukan i dah mintak no tepon okeh.. hahaha.. gelak gedik..oh uncle tu bilang tetibe..

Uncle C : Takpe, aku sampai..

pastu die sengih2.. Mumun xperasan sejak bile die tetibe kat sebelah, agak2 da lama ker die peratikan kitorg? hahaha.. Siyes masa tu malu Giler.. Asal mcm ramai plak tetibe lalu time tu.. Haha.. Tapi sangat2 berterima kasih sama tu Uncle kalau tak xdapat la Mumun bli.. Terima kasih kerana telah membantu mempokaikan Mumun akhir2 sem nie.. hahaha..

p/s: moral of da story, minum lebih susu masa kecik untuk jadi lebih tinggi.. hahaha.. kalau da genetik sendiri.. Hahaha.. pang!! tampar diri sendirik sedas dua.. haha

Rabu, 7 April 2010

Meow ABC

Hari nie mumun nak memperkenalkan si jantung hati mumun.. ngeh3.. 

Hahaha.. nie budak2 nie la yg bagi nama.. bukan mumun.. Amek dr aminah (ABC for Atam Bujal n Cebol)..
Aku tak tau mana satu yg diorg panggil atam ngan bujal.. Atam tu yg hitam kot.. hahaha.. Cebol tu aku taw la.. Tapi aku selalu gak la bawak diorg masuk blek tp, xla selalu.. ape haku mengarut nie.. hahaha.. tp yg si atam ngan bujal xreti dok diam suke kat pintu, mo kuar la tu.. biasa kalau diorg ader aku bukak pintu jer.. lantak la org nak tgk bilik aku bersepah ker tunggang langgang ke.. aku pedulik haper la kan.. haha..


Happy Family

Si cebol nie agak behave sket, haku soh tido cepat jer die tido.. yg len aku soh tido, xmo tros berlari2 satu blek.. jadi kesiimpulannya si cebol jer la yg selalu aku dpt snap sebab die asek tido jer la kan kat blek nie.. Kdg2 mcm selalu jer nampak si cebol nie kat depan pintu sekor2.. yg len missing in action la masa tu.. 

Tiga beradik A.B.C

ini adalah si Bujal
suke kat atas bantal Eja

Dibawah nie semua pict Si Gebu aka Cebol yer..

Tara comel tak??

 

tros diam lepas termasuk dlm periuk sup.. haha

 ok xtau nak end cmner.. hehe..
Layanzz

Isnin, 5 April 2010

(cont) kisah kawen bawah umur

Petikan drpd mymetro 5 April 2010

LANGKAWI: Perkahwinan pelajar pintar bawah umur, Halimaton Abd Rashid, (gambar) 15, dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, terpaksa ditangguhkan sementara selepas keluarga remaja itu gagal mendapatkan kebenaran mahkamah. Sumber berkata, urusan perkahwinan itu terpaksa ditangguhkan selepas bapa Halimaton selaku wali gagal memperoleh kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah Baling untuk perkahwinan bawah umur.



Nota tangan dan kaki:
budak, ko pikir kawen nie kerja senang ker? kalau la senang esok2 gak aku kawen gak taw.. adeh.. org yg cukup umur pun mengadu urusan kawen nie susah lagikan ko budak kecik.. huhu.. sedihnyer.. ko dah g kursus kawen ker? ko da jalani ujian HIV? ko da minta borang nikah? ko dah cari saksi? ada duet ker? adoii.. pikir la masak2 dik oii.. nie bukan main pondok2 dik oii.. apa pasal la korg nak kawen sgt? akak konpius dik ooii.. siyes, ko pikir senang? dah tu menyusahkan mak bapak kene pergi mahkamah nak dptkan kebenaran bertulis.. adeh, apa pasal ko xmo ikot family ko balik aritu.. menyusahkan betul.. nie la gara2 sekolah xhabis lagi dah pandai2 mo menggeletis.. t***k da tumbuh besar sgt ker? xpuas ati tol la.. aku nak jer marah keluarga lelaki tu, bisu ke ape?? xreti2 nak menghalang?? org buat kat anak pompuan die balik kang baru taw.. betulla kata pepatah bidalan dahulu kala, menjaga lembu sekandang lebih mudah dr menjaga anak perempuan seorg.. sekian sahaja untuk hari ini, renung2kan dan selamat beramal..
     

Tiket oo tiket

oO mak aih..bilakah gerangannya mumun mo beli tiket balik semenanjung nie..
huhu.. itulah mak ckp beli masa murah nda mo bilangnya nda tau bila mo balik..
nie sekarang da suntuk br terhegeh2 nak tgk balik.. sume dah mahal dik ooii.. hahaha.. balik bulan 10 50 hengget jer.. ada berani? hahaha gila..

thesis ku yang on the way, bilakah mo sampai ke destinasi.. pening pening pening..
hahaha g makan dulu aci tak? hihihi...

hehehe... =)

SURAT UNTUK ABANG...
Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

Dari Ayang...



SURAT UNTUK AYANG (balasan SURAT UNTUK ABANG)
dear ayang,

bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah aa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..


ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

Sabtu, 3 April 2010

What The??

Blergh.. Fikiran aku berkecamuk dua tiga menjak nie.. Kenapa ek, tetibe quote nie muncul tetiba dlm kepala.. hahaha.. Melupakan sesorg yang pernah kita syg memang take time.. hahaha.. sengal.. get rid it off la.. hahaha.. The probs is sebenarnya.. Mcm ada jer yg tak kena, buat itu rasa xbetul, buat nie pun rasa xbetul.. then herbie kadang2 buat aku sakit pale.. thesis lagi.. haha.. yang terbaru adalah henpon aku!! argh.. apesal ntah.. kejap2 hang kejap2 hang.. 5610 tu baru jer nak masuk 2 tahun 16 mei nie..
Current location kat Kg. Pimping Membakut kat rumah Yanie, adik yang aku kenal masa semega kira2 nak masuk 2 tahun yang lalu la kan kiranya.. Saje nak keluar dr bilik yg sangat tensyen.. vontot melekat jer atas tilam.. kah3..

Oh ya, ada problem nie.. memory card terlock tapi xtau mcmana nak unlock kan die.. arr... adakah nie tanda2 aku kene beli memory card yang baru?? ohoo.... tension oo.. pastu FB plak xleh nak log in jer.. terpaksa verify bagai untuk masuk semula.. Sekali cek recent activity ada org cube pecah masuk lor.. how? nie yg malas nie, dulu friendster pun kene macam nie.. adakah tanda aku kene tukar email? hurm.. yelah2 aku tukar la lagi.. huhu. hahaha..

xder motip pun.. saje bosan.. testing power gune laptop mini yanie nie.. best plak.. hahaha ngeh3.. take note to bakal suami sy yg bakal jumpe nanti later2 saya nak hantaran sy ada notebook pink okeh.. hahahaha..

Jumaat, 2 April 2010

Baru 15 Tahun tp da kemaruk nak Kawen!

Astafirullah.. Apa nak jadi la.. Korang ada baca tak Sokkabar baru2 nie.. Yang latest nie, sambil2 hirup nescafe pagi tadi, Mumun terbaca la satu keratan akhbar nie.. Baru 15 Tahun tp kemaruk nak kawen ngan boifren berusia 19 tahun.. Dah Jodoh kot.. Tapi adik2 semua, apa la yang kamu faham dengan istilah perkahwinan nie.. Korang ni sampai hati tau melukakan hati mak bapak korang.. tsskk tssk.. sampai hati! kok yer pun tunggu lepas abes SPM pun jadik la dik oii.. kan dah xpasal2 da banyak spekulasi yang kene kat batang hidung u ol..

nak baca kisah selanjutnya, u ol click jer la link nie.. baca sendirik yer.. (Link ini) dan juga (Link Ini)

ingat nak tepek gammbar diorg dalam nie, tapi macam dah kene remove kot.. Disebabkan perbincangan samalam dah selesai dan Mak die da terpaksa setuju, media ckp nanti Ahad nie pihak lelaki akan datang meminang..

Mumun xtau nak tulis ape sebenarnya nie.. hehehe.. Nak test networkblog je td.. Terima kasih kat kak Jemah aka Kak Viruspadu di atas tutorial yg senang difahami tu.. hehe.. clap2..

Oh ya berbalik kepada budak pintar nie tadi.. huhu tetibe teringat satu ayat yang sentap nie.. Belajar tinggi2 tp bodoh bertingkat2.. apa ntah kaitannya.. haha.. Mumun doakan agar Dikton (nama panggilan manja die) nie dapat hidayah dan segera sedar akan kesilapan die cuba menderhaka dan menentang family die.. Kita doakan die ramai2 yer.. Semoga benda mcm nie xjadi kat diri kita dann keluarga terdekat kita.. InsyaAllah..

Oh, member2 R Crew ku, semoga kalian cepat kawen.. =) ----> tiba2.. ececeh..

Al-Fatihah buat Allayarham Din Beramboi

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu. Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi. “Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan. Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18. Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak
Petikan daripada Berita Harian.


Dari Mumun:

Kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil.. Tanpa kita sangka kan? Alfatihah disedekahkan kepada Allayarham.. Walaupun mumun xberapa layan sgt lawak Allayarham tp xpe la die ada peminat die kan? baru jer seminggu lepas Allayarhamah Yanie Mentor meninggal dunia dan hari ini Din Beramboi pula yang menyusul.. Takziah buat kedua-dua keluarga Mereka..

Dikesempatan ini, Mumun mau minta maaf kat semua orang.. feeling2 macam time raya pulak.. Tetibe teringat lawak2 die kat siri Tv yang bertajuk SPONTAN.. siyes, sume dalam tu lawak2 giler.. hahaha..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...