Isnin, 29 November 2010

Our 1st Lucky Draw


Jom Join Lucky Draw nie
tarikh tutup 12.12.2010
nk join tekan SINI

Cuti-cuti sekolah giveaway






Jom Join GA ini
Tarikh tutup 31 December
Mumun nk tag 




Cikgu Dahlia dan Cikgu Shida bukan orang yang sama ke?


Jawapannya adalah BUKAN
Sape ckp cmtu meh Mumun rotan sket
hehehehe
tak bley tak bley murid sekarang xboleh suke2 nk rotan kang len yg jadi
Jangan marah yer cikgu Dahlia
Tajuk kemain panjang tapi auta la pulak

Untuk bulan 12 nie CD ada buat Projek CD2B
cikgu Dahlia akan memblogjohging ke blog-blog
lepas tu CD jugak akan memilih 31 peserta sahaja yang layak direview
Mumun dah lama dah taw tp nk buat entri nie alamak tersangatlah takder idea
Nak jugak la kan buat yg wow mana taw dapat trafik dr cikgu dahlia nie sket

Dulu masa mula-mula blogging,
Blog Cikgu Dahlia nie la yg banyak bagi tunjuk ajar kat Mumun
Banyak tips yg Cikgu Dahlia tak kedekut untuk di share
Kagum kagum sebulan boleh cashout sampai RM300
pergh tabik springg

Dari UV mumun nak dapat 5 orang pun susah
dengan bantuan dan tunjuk ajar cikgu
sekarang nie lah hasilnya

tak banyak pun
tapi okey lah dari langsung takder kan
tapi tak ade la pulak sampai lebih 100UV sehari
kalau tgk graf tu kan
if naik tu maknanya mumun ada blogwalking+entri
kalau yg menurun tu entri-blogwalking
cuti raya haji aritu lagi best
entri takder blogwalking pun takder
mencium lantai la seminggu
hihihihi sadis jer

Okey abaikan cerita sedih
Mumun memang bile berkesempatan suke tgk blog nie dulu
Banyak info yg cikgu dahlia nie share
Memula ingatkan cikgu dahlia nie nk sorok identiti la
nk tgk entri die ada pict die latelly memang nan hado
kene gugel entri lama br lah ader

Suke entri cikgu dahlia tunjuk cek
hehehehe suke suke
memberi inspirasi
walaupun berputih mata sampai sekarang xpernah cashout
sebab tak cukup pun
rasa mcm dah give up pun ada

lelebih lagi cikgu dahlia pakai innity seminggu dah dpt 200
pergh tapi tanak jadi non gliterati lagi
kenangan kene lucut jawatan dengan nuffnang aritu cukup mencalar jiwa
BE tengah jalan sekali drop 50% n terus ME

okey lah 
tu jer la untuk kali ini

ingin diingatkan sekali lagi
cikgu dahlia bukan cikgu shida
cikgu shida bukan cikgu dahlia
eh eh

nie pict cikgu dahlia
hehe jgn marah yer cikgu
Taraa ini lah Cikgu Shida Dahlia
setelah mengugel secara gigih baru lah jumpe

Selamat datang ke blog Missrivebell Mumun
hehehe

Cek gigi


Hehe Mumun curik gambar abah mumun kat klinik gigi
Abah tanak join mumun cek gigi sekali
Takot eh? hihihi..

Ceraikan isteri talak 3 sebab isteri kantoikan suami suke buat maksiat dengan wanita lain dlm rumah sendiri kat ketua kampung


SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.
Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.

Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.
Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.

“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya. selanjutnya klik sini hmetro.

Mumun wrote:
Astafirullahalazim, lelaki ker binatang nie?

Ahad, 28 November 2010

Adakah itu Kiko?

Aritu Mumun ada publish cerita Kiko hilang kan kat SINI
Petang td abah dengan adik mcm nampak Kiko
Tapi Kiko lari
Dah tak ingat kitorg lg kot
or die jumpe tuan baru
huhu collar kat leher pun dah xder
tapi ekor bergulung hujung tu memang ler die
Nk pergi kejar tp dah magrib and tengah hujan lebat

Tskk Tsskk esok cube carik lagi
Balik lah kiko

nk promote blog adik mumun lg nie

update la weyh

New Header ♥♥

Presenting (drumroll pliss~)


New Header

Jakun

Padahal tgh nk jeleskan adik Mumun je ni

Meh sini nk kenal adik-adik Mumun tak?


sile jeles yer adik

Join Churp Churp adik Nuffnang, eh?



Churp Churp dah berwajah baru
Sape yg belum join lagi?
Mumun sebenarnya belum paham sgt nie pasal churp churp nie
tapi td baru berjaya tweet satu bende
ala entri yg celcom bawah nie
pastu dah blank tak taw cmner

okeyh tu jer la
mari join komuniti churp churp lak
okey jom join SINI

Lagi 2 hari nk start kerja!!!

Pejam celik pejam celik
Dah seminggu Mumun bergolek-golek kat rumah
Seminggu yg lepas dah dapat panggilan
Kene lapor diri kat bla bla bla Petaling Jaya

Hati nie
hahahaha masih di rumah
Malas nk start kerja boleh?
Matilah, kesian parent nk kene tanggung Mumun aje

Barang keperluan?
Boleh tak kalau sume dalam beg yg tak sempat2 unpack tu mumun bawak ajer?
Boleh la eh hihi

yg bezanya
aritu plan nk kerja kat bla bla bla bla bla kulai johor
siap dah bawak brg siap2 dah
tp kalau keje situ
kompem2 duduk kat rumah kat kulai jer

Tapi yg kat petaling jaya nie
nasib lah baik dapat hostel
tapi agak-agak hostel tu macamna ek?
dalam hati mcm nk bawak 1 lori
*melampau!

Semalam shopping kat Giant Kuantan
Boleh ckp ngan mama
Mama, akak xbersedia nk basuh baju pakai tgn lagi =(
hahahaha ngengader eh?

Sumpah xmintak pun mesin basuh
cume rasa, alahai malasnyer dok jauh dari rumah

Ala jauh mananyer
Jengka dengan Petaling Jaya
belakang rumah jer kaaaan??
sot sot sot

Wish me luck
training sebulan next tak tahu
hahahahaha
cuak!


REDAH AKU DAN KAU OLEH BEN ASHAARI

Nk kene terjah gak?
Klik SINI

letak 5 entri post Abg Ben yg best untuk diredah

  1. Pengaruh cerita KOREA !!
  2. Kisah seram Aokigahara
  3. Tak serupa tapi sama ?? Kebetulankah atau ..
  4. AWAS !! JIKA ANDA BLOGGER ATAU PENGGUNA INTERNET TEGAR !
  5. Tengok depan ..tengok kiri ..tengok kanan.

5 enty blog Missrivebell Mumun yg Mumun suke terjah balik-balik, haha
  1. Mumun is sweet 22 
  2. keretaku dipakaikan rantai mangga 
  3. Sandakan Trip 
  4. Bobonku 
  5. Sis Kene Tinggal

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!


Contest Teka Kereta


Salam
Agak-Agak kereta apa nie ek?

1st clue
yg mumun kompem kereta Toyota
hehehehe
nk taw sebab ape?
LED kat side mirror tu..

2nd clue mumun dapat
Antenna
kereta toyota len yg xder antenna
cume 1 nie jer..
ngam2 terletak sama di belakang

3rd clue
color body kereta
toyota len xder gak yg ade kale merah
maybe ader la tp xsmart la

4th clue
kete comel
sebab akak tu diri pun lg tinggi dr kete tu

and the answer is

...

...


TOYOTA YARIS

id mumun
"missrivebell mumun"

Thanks you Rumahku Syurgaku//kak syamila mohd dot com

Malam nie Mumun nk buat Special dedicate buat 
naper??
sebab buatkan mumun watermark yg cantik nie
Sila puji lawa sebab Mumun sangat menyukainya..
Terima Kasih kak!!


CANTIK!!!
MUMUN LIKE SANGAT-SANGAT!!
hehehe..

Sabtu, 27 November 2010

Sinopsis 2 ALAM

Mumun baca artikel nie kat Nurizspace. Click link tersebut nk taw ape yg die komen. die ckp takyah buang duet la tgk cerita tu okey. okey la Mumun pun xder plak terpk nk tgk. Bukan tanak support cerita melayu. tapi lebih suke tgk cerita action. nak terkejut2 dalam cinema tu baru la real tgk kat cinema. hehehe..Cerita slow2 cerita nk jiwang2, or 18Sx nie mumun tanak layan. ish.

Sinopsis 2 ALAM

Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam  dari kota.  Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan.  Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.

Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.

Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Jumaat, 26 November 2010

Happy Anniversary to my MAMA & ABAH


Mama dan Abah
Happy Anniversary

Mumun Love you so much
Thanks for everything
Tahun depan baru celebret eh
hehehehehehe

Bulan nie gaji xder lagi
mana best celebret tp pkai duit mama kan
kah3..

Wish mama abah sihat2 aje selalu
Dimurahkan rezeki lagi lagi dan lagi
nk mintak adik lagi dah xbley la kan
dapat menantu yang baik
statement xbley blah opps! lari!!

InsyaAllah bukan pada masa yg terdekat ini
hahahahahahaha
mama abah kawen mude, tgk sy gak masih solo..
dah terlajak umur 3 tahun nie 
sambil jeling2 mama abah.. haha


motip aku aper?
kahkahkahkah
Doakan anakmu berjaya dalam hidup
eh nie anniversary sape nie
okey2 save untuk my birthday next month
wachaaa

p/s: huda bake kek tapi leh salah bekas gula dan garam.. hahahaha gelak guling2 macam tenggiling comel..

Sahabat Blogger GiveAway


Mumun nk join GiveAway nie
Sape2 yg nak join gak bole tekan kat Banner tu

Okey kene tag
Alamak, lomah pale lutut den
tengok list kebanyakan member dah join
Sape yg belum join?
pat angkat tangan pat, mumun nk tgk

randomly lah eh
-suasana senja
-puteribonda
-fluffy winnie

Tip ambil hati Ibu Mertua --> haha berguna pada masahadapan!

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


P/s: Sorry, Mumun xberapa pandai lagi nk ambil hati org tua nie.. berbual-bual apatah lagi.. kekok giler.. boleh bikin otak jem oo.. idea kering kontang, tengok muke pun mcm xberani lg dah.. rasa nk balik terus dah.. eh eh eh ada pengalaman ker?? aper daa.. eksyen jer lebey.. ini adalah entri tips2 berguna pada masa hadapan.. hahaha..

Khamis, 25 November 2010

Takziah buat pemilik blog Aishah Kenangan Terindah

Salam
Siapa sangka kan yang kita bila-bila masa akan kembali kepada-Nya
Cube lihat gambar ini
Apa yang anda dapat lihat?

Si Kembar 3 yang comel
Berusia tak sampai setahun
mempunyai akak dan abg 3 orang kesemuanya
total up kesemua adik beradik 6 orang

Kasihan anak-anak kecil ini
masih terlalu kecil untuk memahami erti kehilangan
untuk tatapan bloggers sekalian
ataupun ibu kepada anak-anak kembar 3 ini telah kembali kerahmatullah
pada 22hb yang lalu setelah jatuh di lantai bilik air
jika dilihat pada blog allayarhamah, entri terakhir adalah pada 21hb

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah
Ya Allah tempatkan beliau di sisi Mu

Semoga keluarga ini tabah mengharungi hari-hari mendatang
Kasih ibu sampai ke Syurga
sumber: blog Aishah sendiri

PLANT VS ZOMBIE

Pergh
Selama sejam main game yg melalaikan
Nasib baik free trial 60 minit
kalau tak mumun rasa sampai ke subuh besok tak bergerak2 nie dr depan Laptop
Huhu
Lembab giler zombie tu berjalan
Sengal tangan main sambil baring.. haha
Sempat Mumun tanam pokok pastu pokok tu tumbuh lawan ngan zombie tu
Aduh mcmana la bley terjumpe game plak nie
Err tetibe teringat mana cd keygen game eh..
Ala rugi-rugi kalau tak bley men game
hahahahaha


sila carik kerja yg berfaedah sekarang mumun!
hehehehe
Mama Mumun demam dr semalam
Doakan beliau sembuh ya kawan-kawan
=(

Bul Bul Craft GiveAway


Salam
Mumun nk join contest dari Bul Bul Craft nie
Sebelum nie blog nie guna nama Honeyshop
Now baru jer tukar kepada Bul Bul Craft
alahai comel jer bunyiknyer

Kreatik cik Nur Hidayah kite nie taw
Usha la Blog Bul Bul Craft nie
Macam2 bende comel ada
Sebarang pertanyaan nk order ke ape boleh contact jer die
Nk join contest?

Chocolate Giveaway



Korang ada termimpi2 ada org nk bagi korang coklat tak?
Alangkah bestnyer kalau dpt coklat free
Mumun nk join Chocolate GiveAway nie la
Jom Join Klik SINI

Norgadis Contest 2, Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 19 tahun



Salam semua. 
Kali ni mumun nak join GA Norgadis

Tak Susah Tak Senang
Kene Gugel dulu dengan teliti
hihi

Orang jauh nie dari Labuan..
mumun last sekali pergi labuan adalah 8 tahun yg lalu
sepanjang masa dok UMS 4 tahun sekali pun xterjejak2 balik labuan
balik2 pending
Jenjalan bukan dengan family tak berapa best kot sebab ongkos kene belanja sendirik
hihi kat labuan banyak coklat!

Okey back to the contest
Kena jawab soalan tau! 

Soalan 1: Berapa orangkah anak perempuan Norgadis
Soalan 2: Berapa orangkah anak lelaki Norgadis

 
Jawapan 1:   
pemilik Norgadis ada 4 Orang anak perempuan
(wow sama mcm Mumun adik beradik 4 orang pempuan)
Nama anak-anak pemilik blog Norgadis nie adalah
1) Nurfatihah Athirah 17 tahun
2) Nurzafirah Nadirah 15 tahun
3) Nuratikah Nazurah 13 tahun
4) Nurwathiqah Masturah 4 tahun

Jawapan 2
Setelah dibelek dibelek dan ditunggang terbalik 
Mumun mendapati Norgadis tidak mempunyai anak lelaki.
Betullah sama lagi macam mumun 4 orang adik beradik perempuan, lelaki yilek! hehe.   
 
Bagi Mumun kan, syok eh sume adik beradik gurl
kitorg xdapat bygkan kalau kitorg ada adik lelaki
kompem haru biru die kitorg kerjakan
hahahaha

Nak sertai sama? Klik banner sekarang! Yay!

MamaRifqy Giveaway


Salam Semua
Mumun nak join GA by Mama Rifqy.

Hadiahnya ialah bantal yang comel macam dalam gambar kat atas ni.
" SAYA NAK BANTAL ITU !! 

Buat Mama Rifqy and Hubby 
Happy 2nd Anniversary for both of you.  Wish you live together happily ever after. 


KLIK SINI UNTUK SERTAI

Tarikh tutup: 1 Disember 2010

Syamila Mohd’s Giveway.

Salam

 
Kali ni mumun nak join Syamila Mohd’s Giveway.
Jom ramai-ramai meriahkan GA ni.
 
Mumun nk Tag
-Iera
-Iefa

Giveaway Kecantikan #5

Salam
Nk cube dapatkan hadiah make up?
hihi jom Join SINI


The Chronical of Yaya 1st GiveAway


JOM JOIN GIVEAWAY PERTAMA YAYA!! 
GIVEAWAY INI DIBUAT SEMPENA HARI JADI YAYA 1 DISEMBER NANTI

Nak Join? Click SINI

Rabu, 24 November 2010

Happy Belated Birthday!

To Adikku Nurul 22hb

dan Sahabatku Iera 19hb

 Hanya madah pengganti bicara
eh mana madahnyer?
hahaha..

 tukar-tukar

Hanya Entri pengganti hadiah
semoga kauorg bace dan tatap lelama
hahaha cara tak??

haa iera, pat kol2 mumun lagi
masih free kan? kah3..

Selasa, 23 November 2010

Entri Malas

Bosan bosan bosan
Dekat-dekat tak boleh
Jauh-jauh pun tak boleh
Benci!!


ianya adalah

---Internet---

dah malas dah nk layan blog nie, ada jer yg tak puas ati ngan kite..
Bye

KAWAII GADGET'S CONTEST





Pertama-tama kalinya Mumun nak say's
CONGRATULATIONS  
Why? hehe.. kerana baru sahaja menubuhkan kedai KAWAII GADGET pada 1 November yang lalu

Ini lah produk kat kedai diorg husband and wife
Comelll sangat-sangat!!
bile mengenangkan Mumun nie penganggur
income bulan-bulan takder
makanya rasa mcm nk g carik sugar daddy sekarang gak belikan nie
ahaks terover exeggerate lak


Tp adiahnyer mcm yg nie kan
Comel gak aper mashimaro nie
Mumun cadangkan korang semua pergi beli
so biar mumun jer yg boleh join
hahahahaha
korang dah kerja apakata beli sendirik
hahahahaha
macam jahat giler kan mumun
kihkihkih

Mumun pembaca setia kak Mommy Pinky nie
baca pengalaman pregnen die bersalin die
huhu best baca pengalaman2 mcm nie
persediaan masa hadapan
Opppss lari!! 

Penganjur nk mumun pilih satu lagu
Mumun pilih lagu nie
= UMS =
stand for Universiti Malaysia Sabah


dah abes dengar? 
First time dengar kan?
tetibe mumun caj bersemangat
mungkin sebab mumun rindu sangat-sangat life as student kot
ingatkan masa belajar dulu sangat susah
nk cari kerja sekarang nie pun dah susah

Mumun taw xder punyer la peserta yg len share lagu cmnie
Mumun sorang jer kan?
Lagu tak femes nie..
student UMS jer yang taw nie kak
apa kejadahnyer org luar tetibe kene wajib hafal nie kan?

hehe
teringat masa 1st time ken hafal on da spot lagu nie masa orientasi dulu
kalau tak nanti kene denda dengan abg/kakak fasi yg garang
serius! mumun nie kan pemalu kene nyanyi soorg2 lak tu
hahahaha pengalaman!
Coursemate yg sangat Best!!
Ini lah Family Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan!
HN2006 yg best
xbest bile dapat all of workload, paperwork and thesis!! hehe

Jatuh bangun kat sana
Mengenal erti kawan dan erti kawan makan kawan
semuanya akan mumun jadikan ianya sejarah dalam lipatan kenangan
eh mcm pelik lak ayat tu kan, bantai la
semua tu akan dijadikan panduan pada masa hadapan

rindu forever n always dengan geng Ronggeng
ronggeng sana sini, ahaks
paling xbley blah sampai kami tidur kat Library
tidur kat Surau buat asaimen
sampai kene ketuk pintu ngan pak guard ckp bahaya tinggal sana

paling xleh blah 
pengalaman "berkenal-kenalan" dengan pak guard pintu masuk
hihi sebab apa?
kami selalu kene kurung
hahaha nda la.. kalau ada time meroyan nk mkn mcD mlm2
kitorg lenjan jer belasah merayu sama pak guard nk kuar gak
even masa tu jam 1 pagi
hahahaha sebbaik kebanyakan pak guard sporting
tapi sekian terima kasih la syarahan panjang gile la
boleh jd lecturer pak guard nie
tp diorg baik, sampai dah cam kete kitorg
hehehehe


Nie geng ronggeng
naaah.. semua pict harus ada logo UMS dah
heheheheehehe
baru lah bersemangat
kalau nk cerita semua tak cukup patploh hari patploh malam nie

Last word
Mumun sangat1 rindukan UMS eh SABAH!!
SABAH BEST!!
Ada kawan2 yg setuju dengan statement Mumun?
Haaa akak pergilah Sabah
best taw...

Miss shopping kristal n mutiara kat Sanaaa.. huhu
murah murah

referall mumun adalah Mommy pinky sendiri taw

Jom join contest nie kat SINI
end 13 November
birthday Mumun 21 December taw (eh tetibe!)

Mumun nk tag kawan-kawan Mumun
-zaki
-ira
-ifa

mood: rindu kiko yg hilang
sape yg jumpe sila miskol mumun hehe

Rabu, 17 November 2010

Jangan buang bayi boleh??


Kesian kan tengok baby yang tak berdosa nie.. Mak bapak yg buat dosa, die yang tak pasal2 kene buang.. jahatnyer.. kejamnyer.. Pastu baby nie kene buang letak dalam kotak minuman.. huhu sedihnyer.. kenapa ek? ceteknye akal fikiran.. dah buat sedap-sedap, hasil sedap-sedap ko tanak.. ada ker budak2 yg baca blog nie? haha..

Mumun kenal beberapa individu yang nk sangat anak tapi tak lagi dapat-dapat.. Korang senang-senang buang.. korang tak sayang ker? huhu korang merujuk kepada org yg buang bayi tu..

Baby nie kan comel sangat! Mumun suke baby, tapi apakan daya belum kawen.. hahahaha.. nanti la dulu.. puaskan enjoy dulu.. hahaha.. tgk anak sedara/anak sepupu pun dah suke mcm nk lompat-lompat bintang.. haha.. lariii

Selamat Hari Raya, jgn buang bayi lagi okeyh..

Video kebakaran di Shanghai

Angka korban kebakaran pangsapuri Shanghai cecah 53 orang
jumpe kat blog abg ben, malam td tgk berita tp xberapa nk jelas sangat..
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat..
Kebakaran terburuk di Shanghai

Apartment setinggi 28 tingkat yang dalam proses pengubahsuaian terbakar. short circuit la tu kan.. Bayangkan sampai 100 jentera bomba dikerah ke sana.. Asap kebakaran pun menjulang tinggi membakar bangunan berkenaan.. 


Pantun Hari Raya Untuk Korang Semua

Hye semua
Puas dah korang mentekedarah makanan arini?
Mumun arini dah terlebih makan dah rasanya
hahaha rosak plan diet i, ececeh blah la kau mumun hihi

Mumun dpt emel foward2 nie
Ucapan hari raya untuk semua kawan-kawan
tak kira la korang dr negeri mana
Semuaaa ada..
takder la korng tergagau-gagau nk cek kat kamus
hehehe

Nah amek la baca hehe


Pantun Lawak Raya:

Kelantan..
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu..
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang..
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor..
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka..
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan..
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo
jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak..
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah..
Pi kedai jumpa ulaq sawa
Terserempak pula burung kakak tua
Balik raya jumpa makwa
Kena kejaq bakal pak mertua

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha buat Semua kawan-kawan
Mumun akan balik kampung tak pasti berapa hari
hehehe

Tak dapat nk blogwalking
Kalau ada apa2 just emel mumun missmunirah87@gmail.com okey
daaa

Isnin, 15 November 2010

Giffy first GiveAway


31 Ogos yang lalu
Genaplah usia giffy berusia 1 tahun
apa bende giffy nie?
jawapannyer adalah nama kedai kraf

eh bukan tu sahaja kedai giffy nie ada juga menjual kad-kad handmade taw, DIY tools, Door Gift, Favour, Khidmat wrapping pun ada, malahan ada juga menjual  Rare & Unique Soft Toys


 haa cantik kan wrapping diorg
kelass gitu kan?
hadiah tak mahal you all bagi touch up wrapping khas dr giffy nie dah nampak mcm mahal
*korang bg hadiah kotak kosong pun xper.. wrap cun! haha jahat 

korang carik reben cun-cun?
kat giffy nie pun banyak taw
harga riben kat atas nie RM1 semeter
yang lain g le tgk sendiri
banyak sangat choicenyer taw

pelbagai jenis dan design butang pun ada taw
tapi yg nie dah sold out la pulak
gi carik design lain
*ini adalah tektik org carik design len taw giffy, hehe

okey sape yg free-free tu nk carik kedai giffy pun xper
senang jer..
taw tak Wangsa Walk Mall?
haa carik diorg kat sana taw

nah nie alamat

Giffy
G12E, Ground Floor,
Wangsa Walk Mall,
Wangsa Maju, KL.
tel: 019-6994886/4885 (sms only)
e: thegiffyshop@gmail.com


carik diorg disana ya!!

JUST CORNER BO GIVEAWAY


Mumun nk join ini GiveAway bah
Sape nk join sila click SINI
Mumun dapat taw pasal GA nie dari Nur taw
End pada 30 November 12 tghari

Giveaway Bicara Kasih


Mumun nk join GA dari Bicara Kasih
Sape nk join sila click SINI atau banner kat atas yer
end on 6 disember 2010
Pick me pick me haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...