Ahad, 31 Oktober 2010

Mumun dah no longer Exam fever, tak tau la you all mcmana?

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Kelantan Menang Piala Malaysia 2010

Keputusan rasmi Piala Malaysia 2010, Kelantan menang 2-1.
Kelantan menang 2-1, hasil jaringan Hairuddin (56″) dan Badri (64″) dan Pasukan Negeri Sembilan dirembat oleh Shahurain pada minit ke 13 penalti.


Sedap Mumun tido malam td.. sori la eh.. tak minat bola.. kih3..

Sabtu, 30 Oktober 2010

Tragedi Kemalangan Maut Bas di Genting Sempah

GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

 
Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.

 
Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan. “Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya. Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28. Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti. Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit. Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang. Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti. “Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya. - Harian Metro


Gambar Di Tempat Kejadian. Sumber Dari Blog http://ondscene.my/








Al Fatihah Buat Mangsa Yang Maut Di Tempat Kejadian. Dan Di Harap Semua Mangsa Yang Cedera Parah Selamat.. Merilah Kita Mendoakan Semoga Mereka Selamat... Amin..

Notatangan Mumun: I was there a day before..Syukur perjalanan Mumun balik rumah aritu smooth walaupun hujan lebat.. but my sedara lalu jalan tu gak semalam but a little bit lewat sket.. dah clear dah rasanya.. 

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Apakah Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010??
  Kelantan vs Negeri Sembilan
 
Agak2 sape yg menang eh
Hehehehe..
Pasukan fevret korang???

Kisah laki bini yg suweet.. gelak sorg2 mumun.. haha

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Jodoh: Jangan cari yang terlalu sempurna?

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Surat aduan kepada Celcom-salah alamat nie

suratorggilerkepadacelc main Surat Aduan Ishak Untuk Celcom (Sila Baca Dengan Serius)
Download surat aduan penuh Ishak untuk Celcom atau baca salinan semula di’bawah.

Saya Ishak Bin Ismail ingin menyampaikan satu rahsiah rasiah kepada encik. Saya pernah melihat budak sekolah SSA iaitu Sekolah Sultan Alauddin di Bukit Besar. Saya melihat bukan dari mulut orang tetapi dari saya sendiri. Nama yg saya sebut ini encik tolong tahan dia kerana dia pernah berbuat macam-macam kes.

Nama yang pertama: Amyrul Bin Azmi dia pernah minom arak, mencuri motosikal dan bayak lagi.

Nama yg kedua : Sallehhuddin Bin sapeye, dia pernah melakukan perkara yang sama dengan Amyrul.

Nama yg ketiga : Faizal Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri kereta dan merompak.

Nama yg keempat: Rafi Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri lori dan memukul kereta saya sehingga pecah.

Itu saja yg saya tahu. Saya akan bayar RM1juta kalau encik ikut perintah saya mereka semua dari kelas satu UKM. Encik jangan bagi tahu yang saya yg bagi tahu encik!!!

Setika surat ini sampai ke tangan encik, encik tolong pergi sekarang itu jugak ok.

Dari Ishak Bin Ismail Kepada: encik

-----------------------------

Okeyh tu sekolah Mumun taw tu..
tapi kenapa surat tu die bg kat celcom?
kenapa tak bgtaw saja kat Polis?
punyalah besar tu balai polis takkan die nda taw..
hahahaha..
Aneh dan konpius..
penama diatas, betul ka kauorg nie jahat? haha

Keyword Siti Balqis tipu hits semalam

Hahaha..
Lagi-lagi Siti Balqis..
ini bukan safi Balqis tapi Siti Balqis yang mencipta sejarah mereka cipta cerita tentang kehilangan diri sendiri..
eh macam kes Rozaliya yg larikan diri sebab tamo kawen tu eh..
Tapi siti Balqis nie sengaja menghilangkan diri tu kenapa eh?
siap bershoping sakan tu.. hihi..
tapi tak bek la kan cakap mak bapak dah mati eksiden..
pastu rumah besar 7 bilik siap ada swiming pool eh..
Owh rumah tu kat alam bunian die ea..
hehehe.. kelakar la..

Jumaat, 29 Oktober 2010

Calon Bapa Mithali kah ini? - FAILED

Sadis eh
lupe anak kat belakang kot

Aturcara perjalanan di toilet man and girl??

Mayat remaja ditemui mati didalam beg Bagasi

Salam
Sebelum korang semua skroll lagi ke bawah..
Mumun nk nasihatkan adik-adik jangan bermain dengan beg..
kelak ter bagi anda kesan2 yang merbahaya
eh tetibe tak meching.. apehal mumun nie??

Okey nk cerita sebenarnya, tgk paper arini..
hurmm kejam giler!!!
seorang remaja perempuan ditemui dalam beg bagasi..
Oh she must be skinny enuff to fit in.. huhu..


Lihat gambar dan berita penuh:




mayat remaja disumbat dalam beg

Satu mayat dipercayai remaja perempuan berusia awal belasan tahun, ditemui dalam keadaan menyayat hati disumbat di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di tepi sungai berhampiran Rumah Bakti di Ukay Perdana, Ampang dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan BCG, dijumpai oleh seorang pekerja bengkel berdekatan yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 3.30 petang.
Ketika ditemui, mayatnya masih lengkap berpakaian gaun berwarna biru tetapi tidak berkasut.
Dalam beg itu juga berisi beberapa helai pakaian termasuk sepasang seluar jeans yang dipercayai milik mangsa.
Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik namun tiada pendarahan ditemui pada badan mangsa.

Sehingga petang ini, punca kematian masih belum dapat diketahui.
Polis juga masih menyiasat sama ada mangsa dirogol atau mengalami serangan seksual, sementara menunggu laporan lengkap bedah siasat dan forensik.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa dipercayai baru meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya yang masih dalam keadaan baik.
"Polis percaya mayat mangsa dibawa dari kawasan berhampiran. Kita turut menemui sekeping kertas tertulis tiga nama lelaki dipercayai warga Indonesia pada mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian petang ini.
Menurut beliau, sehingga petang ini, dua waris dalam kes orang hilang telah datang untuk mengecam mayat, namun mengesahkan bukan ahli keluarga mereka.
Mengulas lanjut, kata Abdul Jalil, mangsa memiliki rambut hitam lurus paras bahu,berbadan kurus serta berkulit sawo matang.
Sehubungan itu, Abdul Jalil meminta orang ramai yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan supaya tampil memaklumkan kepada polis bagi membuat pengecaman mayat.

sumber: Utusan Malaysia

Icha nk dtg umah

Hihihi..
Malam nie budak tecik nie nk datang rumah..
eh jadi ke tak?
Nk geget pipi die aci? hahaha
meraung mama die nie nanti
keh keh keh

Siti Balqis tipu kene sorok jin bulu lebat Gunung Jerai

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Sumber: SINI.

 
 
 
Okeyh STOP
punya la bersungguh2 wartawan nie melaporkan kes siti balqis nie dr aritu
hilang tibe-tiba la..
bunyi bising di rumah la..
jumpa batu delima la..
batu delima tetibe ilang balik la..
nah sekali yg last dilaporkan diculik Jin bulu lebat Gunung Jerai..
hahahahaha..
kesian jin kene tuduh..
aduh bulat2 kene tipu..
balik lah.. banyak lagi bende pekdah..
budak nie sendiri yg sot.. agak2 la kalau nk public figure weyh..
buang masa aku folow cerita kau!
hampeh hampagas
 

Perbalahan

sibuk tanya kita (perempuan) handal memasak ke tidak, mereka (lelaki) boleh jadi IMAM tak?
-petikan dari Nurul Izza Md Yusof,2010

Rabu, 27 Oktober 2010

Islamic Fesyen Festival la sangat..

Okeyh Mumun realize, macam2 dah diorg nie melalut.. Apa yg diorg taw nie pasal Islam.. Okey fine, Mumun tak la nk memberikan ceramah semua.. tak.. Mumun pun kadangkala alpa dan masing2 ada kekurangan dan kelebihan kan..

Islamic Fesyen Festival yang baru-baru nie yg berlangsung die Monte Carlo rasanya baru orang sekeliling sedar akan tak kene fesyen dengan temanya kan? yang peliknya, sebenarnya festival ni bukan kali pertama berlangsung.. entah beberapa kali dah rupanya.. Yg mumun dapat gugel adalah yg pada tahun 2009..

perbezaan fesyen2 pada tahun 2009 dan 2010 nie kan.. hahaha.. nk komen tp tetibe nk tergelak pun ada.. Islamic kah?? tahun 2009 tu ada la sket tutup2 kepala tapi yg tahun 2010 nie tutup2 kepala yilek dan berkemban pun ada?? aneh2.. yg macam kurang ajar nyer tu boleh ea baju yg menulis kalimah Muhammad (terbalik).. Pening Mumun tengok.. Aduhai, sudah hampir tiba akhir zaman.. Ya Allah.. takutnya Mumun..



mmm bangga sangat kah pakai baju mcm tu.. Okey jika dilihat masyarakat sekeliling kita pun, dah jd macam perkara biasa kan.. Umat islam mengaku Islam tp masih lagi dilihat masih lagi memakai pakaian yang tidak menutup aurat.. Tudung dipakai hanya setahun sekali itu pun kalau teringat cara nk pakai.. Aduh, macam-macam..

Islam hanya pada IC.. MasyaAllah.. Astafirullah al'azim.. Jauhkan lah perkara tersebut daripada diriku dan keluarga ku ya Allah.. Amin.. Jadi bila berlaku festival sebegini pandai pula mereka ini melenting sebab katanya tak Islamic.. Iya, memang lah tak islamic.. Tapi jangan lah jadi seperti Ketam mengajar anaknya berjalan.. ketepi saja tak pula berjalan tegak dan lurus kan?

Tengok majlis2 anugerah kat TV? ada kamuorg tengok artis2 wanita mereka macamana? aduh sakit mata memandangnya.. Ada tu (oh xperlu sebut nama kot) nama Nur al-Islam oh nama u unik taw.. mak like!! tapi mak aih baju u Mumun tak like okeyh.. belah sampai pangkal peha.. motip kau nk tunjuk peha ko tu putih sangat takder parut? okey fine.. tukar nama jer la..

Artis2 lagi.. lelaki dan perempuan.. oh plus claim seorang Muslim.. bila disuruh berlakon ker bergambar ker.. oh peluk sedap2.. owh sedap eh.. bertepuk bertampar.. berkis bercium pipi.. belum lagi yg sesedap rasa meneguk botol arak tanpa rasa malu.. oh katanya, itu perkara biasa.. owh, nanti kat akhirat panas neraka kau jawab la sendiri..

Ada lg satu artis nie, Mumun panas jer.. pakai tudung nk cover gusi yg bengkak.. oh fine.. pastu cakap selama nie dah beberapa tahun die xpernah tayang rambut kat orang since die pakai wigs.. makcik, taw kah kalau pakai wigs tu haram.. sambung2 rambut tu haram.. Tapi sukati kau lah makcik.. kau untung sebab berbelas kali pergi umrah.. tahun nie kau plak naik haji.. semoga mendapat haji yg mabrur lah yer..

Hahaha... matilah mumun merapu meraban sudah nie.. stop dulu la yer.. kan mumun dah ckp nie bukan syarahan agama sebab mumun kompem melalut nanti.. hihi..

Bye.. assalamualaikum..

Velvet Mumun dah mati

Claim: ini bukan Velvet orang lain, mahupun velvet AF ka kek Red Velvet..

Ianya adalah seekor kucing Jantan kampung kesayangan mama.. hehehe.. abeslah kene perambat panyapu nie balik Jengka esok.. hahahahaha...

Alfatihah buat kucing Mumun si Velvet.. Telah di temui mati pada Sabtu yang lalu..

Velvet adalah kucing peninggalan arwah atok Odah kepada kami sebelum beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir setahun selepas kucing itu kami bela..

We will missing you dear Velvet.. Velvet jantan yer, nama jer macam pompuan sebab masa kecil ada masalah mo menengok jantina kucing.. hahahahaha.. Kiko pun sama nama jantan tp sebenarnya betina.. hahahahaha..

Paul si sotong dah mati

Okey, berita yg menyelerakan..
Agak2 paul tu berapa kilo eh?
Rasa-rasanya buat Paul Si Octopus tu jd sotong goreng tepung sedap tak?
hehehehe..

Ahad, 24 Oktober 2010

Basikal 2 Driver


Anda pernah lihat basikal 2 Driver? hahaha..
Izza kan duduk kat rumah mumun nie..
Punya la die excited sebab xpernah jumpe..
Mumun nie rasanya xmuat jari la nk kira berapa tahun tak berbasikal nie..
sume gara2 dah besar nie nak bersiar2 kat taman nie adalah sedikit shy2 cat!!
hahaha boleh blah..

disebabkan 2 driver aka 2 pengayuh nie makanya kene naik 2 org..
1 orang jer nan hado la eh.. mau ler terbungkang nk kawal basikal panjang nie..

punya malu!!!
dalar terlalu surau yg dipenuhi dengan tabligh-tabligh yg stop by kat surau taman nie..

hancuss habis peluang kami nk kene ngorat.. haha dem..
oky fine lah..
si izza nie punya excited dapat pusing 1 kali cukup la..
ni tak!!
die mo pusing lagi..

disebabkan die yg kawal pedal depan senang cite dok depan kan..
sekali naik bukit tiub tayar depan pecah!!!

kahkahkah tak boleh ampun!!
malu gila!!!
menyorong basikal balik rumah!!
orang yg lalu bley gelak2..

hahahaha
sampai rumah berhabis kene menganjing..
oh my sila faham kondisi basikal yg dah berpuluh tahun xpernah ganti tiub kau lenjan..
HAMEEEEKKKKK!!!!

disini nk menegaskan tayar depan yg pecah sebab IZZA yg didepan.. bukan Mumun!! hahahaha..
di facebook beliau adalah tipu semata.. hahaha

Sabtu, 23 Oktober 2010

Offline

Salam kawan-kawan
Mumun minta maaf..
Mumun sekarang nie terputus hubungan dengan internet nie buat masa nie..
Kalau mumun free and ada internet mumun update lg yer..
Bizi mo mencari kerja..
Doakan Mumun dapat la kerja yer..
Mau pusing2 satu johor nie.. hihi..

psst: baru lepas beronggeng dengan sis ngan izza kat batu pahat.. phew cm xsangka lak bley kumpul r crew disini.. Maaflah dena ngan ana yer.. kamuorg terjauh pla.. but miss ya!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Denda RM50k sebab iklan raya kontroversi

Salam
Masih ingat entri ini?
Iklan Raya TV3 dah mcm iklan Krismas kan?
Finally this case dah selesai
Baca jer la ape yg dah Mumun kopipes ya..
Memalam nie malas nk ulas.. hehe



Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu. Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.


Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”. Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebaran”. Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.


“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang. TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan. Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.


Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum. “Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya

Isu sensitiviti agama nie lengkali jangan di campu adukkan..
Oh ya anybody realize yg Giant masa raya aritu ada buat kad ketupat untuk wishing list? oh ya nape xder yg komen eh? haha.. entah mana ntah kad tu..

Khamis, 21 Oktober 2010

Lari sebab tak mau kahwin..

KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam. Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat  memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu. Hati saya sudah tertutup,’’ katanya. Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru. saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang. “Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya. Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu. Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober. Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan. Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.  Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu

Sumber: Kosmo

Mumun said:
Okey, gurl nie nk putuskan pertunangan tp tak mampu nk cakap kot.. Since tarikh perkahwinan dah dekat sgt.. Huhu.. betul eh Lelaki muke pattern cmtu memang perangai cmtu? huhu.. 
Tapi ada jugak sesetengah kes dimana putus sambung putus sambung dengan harapan nk jadi lebih baik tp hampeh.. hahaha.. Kalau hati dah pernah syg.. or teringat Shana ckp, "sorilah dah buat kau perasan pd mulanya".. haha amekk sebijik...

Mumun Cun saja ~~ haha

Chorus:-
Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

-CHORUS-

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh


Mumun wrote:
okey Mumun cun aja.. feeling2 mumun yg karang lagu nie boleh? abeslah kene sue nie nanti.. hahaha.. nda la.. nie lagu Sleeq.. ntah muke sleeq pun mumun tak taw.. dengar lagu jer.. xminat nk gugel orgnyer.. haha..

Mendalam bha maksud tu~

Merencana hidup itu lebih susah dari mendapatkan sekeping ijazah!

Mula berfikir bhwa merencana hidup itu lebih susah dari mendapatkan sekeping ijazah. (Nadia Darmaji,2010)

Mumun setuju..
Anda pula bagaimana??


Rabu, 20 Oktober 2010

Benda tu dalam Sejarah yg ingin dilupuskan!!

Hari nie kan
Mumun Jalan jalan..

tetibe..

Mumun terpergi satu page yg Mumun tak rasa Mumun patut pergi.. Ohh Dem!!! 
Okey 'benda tu' dah selamat (no word can describe)

Err apekes? Mumun cemburukah? Oh hell no..
Not at all.. Cume bile fikir-fikir balik..
Entahlah sape salah sape betul tu dulu..

Dendam masih membara??
Oh juga tidak.. Dendam telah langsai oke..
Hahaha bunyik Macam keji..

Tapi oke ape nie tarikh cantik 20102101 Mumun boleh terfikirkan pasal benda tu?
benda tu dah pun selamat dah bersama orang tersayang..
okey sebenarnya baru 1st time lihat gambar kerabat 'benda tu'.
okey fine la dulu benda tu takder tunjuk kat Mumun pun..
Tapi kan teringat ada kawan cakap yg si teman 'benda tu' yg baru tu mcm teman lama die..
No big deals ba..  hahahaha okey fine..

Dah benda tu dah suka nak buat macamana kan?
Cume kan tetibe terjahat ba..
Boleh pla Mumun fikir..
"kalau tak Mumun ba yg dok kat tempat tu"
hahahahahahaha mesti kelakar..

Okey fine, abes merapu..
Mumun cume xbley lupa satu komen nie..
Family benda tu takmo Mumun kawan dengan benda tu sebab Mumun rendah..
Tamo kuar next generation yg rendah2..
Hahaha Okey fine!!

Mumun bangga dengan ketinggian Mumun
ape korang susah kan?
Tetibe rasa nk gelak guling-guling..

Oh sila lah erase kenangan lama itu..
rasa nk gelak guling2 lagi..
Okey dah sot dah nie.. haha..

Buat ttm yg tengah tak sihat, semoga cepat sembuh..
I miss you dowh..
bosan nie xder org mesej carik pasal dgn Mumun ni..
Kui kui kui

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

 

Mumun blogwalk
Jumpe satu lagi contest best

Mumun nk beg itu!!
Okey semart
Since dah lama dah lepas zaman persekolahan
Beg-beg yg comel dan baru adalah nan hado

Warghh
Nak beli baru adalah sangat malas nk pergi shopping
Kalau jumpe pun banyak la sangat edisi rambang mata
okey trus out
haha

So Superhero Mama ada buat contest
Superhero Mama ada buat bisnes jugak taw..
Bisnes beliau adalah ::MZ Collection::

Hand Made Beg Tot yg comel
Meh ler terjah Blog ::MZ Collection:: kalau nk cuci-cuci mata
Ehem2 alang2 tu order la.. eh eh
Hahahaha Mumun berkecuali
Ongkosnyer enggak ada buuk..

Mumun dah Follow both blog
So Wish me luck
Akak Pilih ler mumun yer
Mumun nak sangat-sangat beg comel itu!!
Oh mesti!!
Aci laa Aci laa eh.. hehe

 See Mumun ada beg kertas jer nie
Since henbeg henbeg dah koyak
Oh sangat tak berkualiti 
haha selingan sila abaikan



Da Daaa

1st Year Give Away Qistina

Salam Hari Rabu
Hari nie Mumun nk join GA Ummie Qistina yg bertajuk
1st Year Give Away Qistina
 
Bawah nie adalah bannernya
Nk join meh click sini

 
Syarat-syarat Give Away:
* Terbuka kepada semua yang mempunyai blog
* Add blog My New Life dan Ummie Qistina ConWay di bloglist
* Wajib menjadi follower kedua-dua blog My New Life dan Ummie Qistina ConWay.
* Buat satu entry GA ini dan hanya tajuk 1st Year Give Away Qistina
* Letakkan banner GA di entry dan sidebar blog (Penyertaan terbatal sekiranya tiada link back)
* Tag 2 rakan untuk join GA ini.

Mumun nk tag
Iera & Akie
 
* GA bermula 09 Oktober - 9.November.2010
 
 
ini hasil kerja tgn Ummie Qistina taw..
Cantik kan??
Kak, Buatkan Mumun yg bunga tu.. hehe..

Alamak sebelum apa2 la kan..
Mumun nk wish Happy birthday buat Adik Qistina
Alahai tomeynyer die pakai tudung
manis sangat!! dengan gigi susu baru tumbuh tu..

Hehehe..
Kak Mumun xkeje lg la nk bg adik adiah..
tunggu mama adik bg akak adiah eh.. 
eh eh eh terbalik lak..

Okey la.. nanti adik nanges lak..
Meh akak bg adik tgk gambar kek eh..
Adik kecil lg xley makan kek manyak2 nanti gigi rosak
hehe..
 
 
 Nampak yummeh kan?
Blueberry Cake
Yum yum!!
 
Semoga Qistina menjadi anak yg solehah
patuh dengan umi dan ayah
Jgn notty2 yer chayunk!
Slm syg dr kak Mumun.. Muah!!
Daa Wslm

1st Hotz~Mama.. Cabutan Amat Bertuah

**sticky mode till 23 Oct 2010.. scroll turun fr new entries**

JOM JOIN 1st HOTZ MAMA LUCKY DRAW!

Nak Join?
Meh tekan Link ini
1st HOTZ MAMA

Hadiahnya??

1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaika
berserta tas tangan exclusive dari SyazLurve Couture Collection

Syarat-syarat Penyertaan...
  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. Lepas siap jer entri korg, korg komen jer entry contest tu, pastu jgn lupa letak link entry korang skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower HOTZ MAMA..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
hik3.. Bukan Mumun yg create contest nie yer.. harap maklum =) sila klik sini kalau nk join ye 1st HOTZ MAMA

Selasa, 19 Oktober 2010

Melaka Di Landa Jerebu??

Okeyh rata-rata tgk Status FB kawan-kawan yg duduk kat Melaka mengatakan bahawasanya tempat mereka dilanda Jerebu..

Oh ya Suka kwn Mumun ckp cmnie:
warga Melaka, kot ye pun marahkan nyamuk jgn ler kelambu dibakar.. kan dah jerebu.. haha

Okey, Sini Mumun nk share sedikit info


Jerebu nie boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti

  • Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk 
  • Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas
  • Kegatalan kepada kulit 
  • Hidung berair dan bersin 
  • Mata merah, pedih dan gatal mata 
Antara golongan yg berisiko tinggi adalah

  1. Kanak-kanak 
  2. Orang tua 
  3. Mereka yang mengalami penyakit : asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
  4. Perokok 
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Cek nilai index pencemaran udara (IPU) semasa melalui akhbar, laman-laman web akhbar, radio dan TV.

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya 


Nilai 100 keatas orang ramai perlu mengambil langkah-langkah seperti :-

  • Sentiasa berada didalam bangunan dan rumah. Kurangkan aktiviti luar daripada bangunan dan rumah. Jangan buka tingkap bagi mengelakkan jerebu masuk ke dalam bangunan dan rumah. 
  • Minum banyak air. 
  • Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah. 
  • Memakai topeng muka yang bersesuaian terutama kepada pengguna motosikal, mereka yang bekerja diluar bangunan dan kumpulan berisiko tinggi. Topeng bersesuaian adalah yang mampu menapis habus dan hama di udara. Dapatkan ia di farmasi. 
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti sukan luar. 
  • Jangan merokok didalam rumah. 
  • Perokok dinasihatkan berhenti merokok sekiranya tahap melebih 100 IPU. 
  • Sekiranya tahap mencapai keadaan sangat tidak sihat dan berbahaya,  langkah-langkah meninggalkan kawasan berjerebu perlu diambil bagi kumpulan berisiko tinggi. 
  • Jangan melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan lagi memburukan keadaan. Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar sekiranya ada berlaku pembakaran terbuka. 

Delima Kerja Pulak

kenapa lah Mumun tak terfikir KFC pun ada kat Jengka nie..
Try apply boleh??
Huhu..

Ekceli hati nie merajuk nk cari kerja kat Johor..
Ngengader eh?? Haha

BE baru!!!!!!!!

Where are You????



-



-


huhu.. BE tinggal 1 tapi masih menunggu yg baru..
Plis Plis..
Sabar ya Mumun..

Isnin, 18 Oktober 2010

R Crew outdoor Teaser




Finally ada pict R Crew lengkap nie
Sape boleh perasan apa yg aneh dalam pict nie..
hahahaha
Jgn marah bha sis!
Sis kecil sket.. Sama tinggi dengan Mumun..
hahahahahaha

Bakal Pengantin Hilang

‘ada dua lelaki sedang mengekori’
dan
‘abang datang cepat, saya takut’



gadis di dalam gambar.. cantik kan dier?
akan berkahwin pada 12.11.10. hanya beberapa hari je lagi..

Nama: Rozaliya Mat Lazim
Umur: 20 tahun
Tarikh dilaporkan hilang: 13 oktober 2010
Waktu hilang: 11 pagi hingga 3 ptg
Tempat kejadian: Pasar Kuantan, Pahang
Pakaian terakhir yg dipakai: blaus hitam dan jeans gelap

Kpd orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada,
sila hubungi
019-9418016 atau 019-9178016.
jasa kalian amat dihargai. 

Entry kotor Banyak!! Demmit..


Haa kan Mumun dah cakap entry nie kotor banyak tp takder la sampai nk cerita 18sx la plak kan.. Weng2 pale mumun td tgk pict nie.. Kazen mumun share td pict nie kat fesbuk.. Adeyh.. Jaga kebersihan diri ya kawan2..

hahaha adios amigos

Hantaran Al-Quran

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.  

read dis..     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Selamat Bertunang cik Amalina

Special Dedicate to
Cik Amalina or me prefer called her Ama some called Kutong

Telah selamat bertunang dengan tunang tersayang
a week after convocation ceremony
iaitu pada 17 October 2010
Sori xdpt datang, dah dok jauh ler..

Dear Ama
Selamat menempuh alam pertunangan
masa konvo dok sebelah hope aura2 tu mumun kene la tempias
hahahaha demmit wait until i met someone lah

psst: mumun suke pelamin tu.. sungguh tak tipu.. cantik..

Kucing pun pandai Merajuk

Ingat lagi KIKO?
Die merajuk malam nie..
Entah mana die tido malam nie..
Selalu tidur dengan Mumun..

Tadi jam 10mlm dengar kat luar parent tengah berbual dengan jiran sebelah
ingatkan kenapalah rupe-rupenya.. jeng jeng jeng..

Ada kucing dan anak kucing menetap dalam bilik die..
hahahaha punya lama die nda perasan..
sabar ja la..

Comel okeyh ada 3 ekor anak kucing dalam kotak semua kaler putih!
ada sekor putih kuning sebijik macam hamster!!
okeyh disebabkan diorg tak taw nk buat mcmana [panik ler tu]
kitorg pinjamkanlah cage kiko dulu..

By then kiko keluar and nampak ada kucing lain dalam cage tu..
Mendrem tak sudah2.. Sabar ja la...
Biasa kalau kite panggil die datang dekat tp malam nie die buat dunno jer..
Bg ikan depan mata pun die tak layan!
Betul2 merajuk bawa diri..
since die baru jer 3 bulan xder la lari jauh mana..
plus die kan tempang uhuk3..
ceruk mana die tidur malam nie..
jap lg mumun carik, siyes panggil tak muncul..

Dun worry, i love you lah..
Jgn merajuk lagi yer sayang..
Jgn ingat manusia jer pandai merajuk, kucing pun pandai taw..

Ahad, 17 Oktober 2010

New Journey Must be Start from now

phew baru selesai mengumpul dan mengupload pict2 Konvo aritu kedalam laptop


okey tajuk xhengat
feeling2 nk apply kerja masih xder semangat
tak puas menggolekkan diri kat rumah
ada sesapa nk pang sedas kat mumun?
hahahahahahaha

p/s: bila nk balik Johor carik kerja nie.. demand eh tanak kerja sini.. haha
jauh la derr, ingat plan carik kat bandar kulai jer.. 15 minit je boleh sampai..
semangat.. datanglah!! [feeling2 sailorMoon]

Flight Review AirAsia vs MAS

Salam
Sepanjang 4 tahun study kat Sabah, berulang alik dr Johor ke Kota kinabalu nie Mumun naik AirAsia jer.. Tak der la pulak naik MAS since malas nk transit ke KLIA dulu.. Direct Johor ke KK dah takder.. Makanya nan hado la berangan nak naik MAS segala.. Setia jer la dengan AirAsia.. Ececeh.. Dulu kan rasa mahalnyer AirAsia nie, tp tengok2 MAS pun laagi la mahal kan.. tapi nk buat macamana kene la berkorban sikit sebab nk jumpe yg tersayang kat Johor kan.. Raya tak pernah Miss lah.. almaklumlah sementara boleh dapat Duet Raya nie apa lagi.. hehe..

Nak dijadikan cerita, masa konvo aritu Mumun naik MAS.. Er jgn ckp Mumun jakun plak cz nie bukan pengalaman kali pertama.. Mumun prefer lagi seat kat AirAsia sebab haha rasa seat kat MAS tu warna warni sangat.. hahaha.. Tapi biasalah kat MAS ada sediakan makanan, hurm tp tak kenyang la.. prefer Megi jer.. laagi kenyang.. hahaha..

Kat Airasia jarang nampak pramugara tp kat MAS haha asal asek jumpe pramugara jer nie.. haha cuci mata.. oh dem.. takder niat pun.. masalahnyer nk tido diorg asek lah lalu lalang.. oh sgt tak syok.. haha...

hurm entri takder motif sebenarnya nie.. Cume nk cakap, err ntah kenapa gatal pi tengok2 flight lagi nie.. Mumun nak pergi mana lepas nie?? Ada idea nk melancong kat mana? dengan siapa? biler? anda nak support? hahahahahaha..

p/s: mcm siot jer tgk tiket flight g kk dr kl just RM80 compared RM300 dulu mumun pernah beli.. hahaha..

jom ler tgk kat website AirAsia kot-kot korang nk usha dan tempah jugak.. oh jeles.. haha
http://booking.airasia.com/

Mumun tunggu dah kerja dan ada gaji sendiri la baru berangan nk g holiday.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...