Sabtu, 8 November 2014

Cerita tentang J.O.D.O.H



Jangan risau tentang jodoh
Semua orang telah ditetapkan jodoh masing-masing,
Sedangkan slipar pun ada sebelah kanan dan kiri

Deep.
Tp sebenarnya tak patut jugak nk comparekan jodoh dgn selipar.. Sebab nowadays selipar tu x identical pun orang berani je nak pakai.. Sebelah kanan biru sebelah kiri merah, sebelah kanan hitam sebelah kiri putih.. xde hal pun.. Tp hakikatnye tetap sama, sebelum roh ditiup lg ALLAh dah tetapkan semuanya termasuklah jodoh. Allah da tentukan dah.
Ada ALLAh bg seseorang tu Jodoh awal, ada yang lambat dan mungkin tiada sebab salah seorangnya telah pergi menghadap ilahi terlebih dahulu ke mana tahu.. Bersyukurlah dan bersabarlah.
Berat mata memandang berat lg bahu yang memikul. Orang lain nk bertanya memang senang sekali, individu yg menanggung ni diorg tak fikir kan. Sometimes diorg ni bila belum kawen ditanye bila nk kahwin? Bila dah kawin org tanye bila nk menimang cahaya mata? Bila dah menimang cahaya mata org tanye bila nk tambah seorang lg? The questions is never end.
Langkah bendul. Apa itu langkah bendul? Term yg digunakan oleh orang zaman dahulu and yet still diguna pakai lg kan? Ianya terjadi apabila si adik yang mendirikan rumah tangga terlebih dahulu. Tak kira lelaki atau perempuan, akan tetapi yang lebih terasa impactnya is bila ianya terjadi pada insan yang bergelar wanita. Si kakak sudah pasti dengan berita gembira atas pernikahan si adik akan tetapi bagaimana dgn layanan masyarakat sekeliling? Sudah pasti yg menjadi mangsa ialah pada si kakak kerana lambat untuk mendirikan rumahtangga. Kakaknya bila lg? Tidak pasal2 di label si kakak tak laku.. Andaru la si kakak tu nanti..its like a nightmare I tell you because ive been surrounded by friends who have same situation as per above.
Perlukah nk salahkan diri sendiri bila lambat kahwin? Tidak.. sebab jodoh belum sampai kan?
Mengapa tidak mencari? Hmm soal hati ni sgt subjektif. Boleh jd kita suka seseorg tu pada pandangan pertama, boleh jadi juga tidak. Mengapa harus di paksa hati untuk menerima jika akibatnya hanya memakan diri sendiri.
Cinta selepas berkahwin. I thought I’ll seen this only in a drama tak kira melayu ke korea ke.. Boleh jadi kot.. Meet only once decided to get married a weeks later? Oh my dah 4 case dah yg personally rapat dgn sy yg macam ni.. Yes, Allah yang mempermudahkan urusan mereka.. bahagia je sampai sekarang, bertambah2 anak mereka.. hehe.. rezeki mereka.. Alhamdulillah.. My very Best Friend pun dua2 mcm tu, tp still on the way la insyaAllah this coming December..
Siapa pun jodoh kita hari ini, terimalah dengan hati yang terbuka.. Belajar mencintai itu lebih baik daripada mencintai mereka yang tidak tahu apa itu pengorbanan dan kesetiaan..

P/s:: Pemilik rusuk kiri masih belum ditemui sehingga sekarang
Tawakkal and enjoy your life =)





HAHA


Isnin, 10 Mac 2014

Pray for MH370

Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan.

If you cant say something nice, dont say nothing at all

#PrayForMH370

Rabu, 8 Januari 2014

Tragedi 4.1.14

Syukur Alhamdulillah im survived..
Happened on 4.1.14 , 2pm at km 43.5 kl-karak hway..
It is a wake up call for me to be more carefull and a valuable of our life..
Duit tak boleh beli nyawa sparepart.. kereta rosak boleh claim insurance tp nyawa??
Terima kasih tak terhingga buat kaum keluarga, saudara mara, shabat handai, teman2 se-kilang yg bertanyakan khabar serta tak putus memberikan kata2 semangat..
Sepanjang minggu ni diberi cuti rehat dan menenangkan fikiran.. Thank you bos2 :-ebni,balan n santhana yg xbg sy masuk keje minggu ni.. Sorry sgt2 dgn kesihatan yg tak mengizinkan.. Ni pun demam terkejut lagi.. Menangis sampai bengkak mata pun da xgune, benda dah terjadi.. hu hu hu.. im so sorry oghen.. mummy love you.. speed recovery please.. ***leceh btol claim insurance ni. Huhu... berapa bulan la ni br dpt.. Huhu... <3

Rabu, 1 Januari 2014

Happy New Year

Hye2 2014 and Bye2 2013

Rasanya macam baru je buat summary 2012 masa new year 2013 yg lepas..  sekejap sgt masa berlalu tanpa kita sedari. Setahun telah berlalu. Dan aku masih lagi di tempat kerja yg lama. Pagi2 lagi kene tag oleh one of my operator "siapa yg dari tahun lepas tak tidur?" haha.. bertahan aku lebih dr tiga tahun kerja shift and still going on.. tak pernah langsung terlintas di fikiran aku masa belajar waima masa kecil2 dulu nk kerja kilang di bandar metropolitan ni. Kalaulah saban hari kos taraf hidup semakin hari semakin turun takpe la jugak.. ni makin lama makin naik.. naik la sikit2.. tak da la aku ni macam semua benda nk kene adjust. Ni baru nk sara diri sendiri.. he he he.. usah ditanya apa azam aku tahun ni sebab azam yg lama tu pun da bertahun2 la renew je.. pembaharuan tu ada la..  tapi yang pasti azam untuk mendirikan rumahtangga masih lagi pending.. ha ha ha.. takpe sabar, jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Aku redha bila semua kawan2 aku semua dah move on tinggalkan aku terkontang kanting uruskan hal2 merepek kat kilang ni. Kemungkinan cari kerja lain? tak pasti la pulak.. Nk beli rumah tapi mahalnyaa la hai.  Mampu menyewa je sampai sekarang, tp dr aku menyewa baik cari rumah. Sama je sbb aku punya rumah sewa pun bley tahan mahal la kan.. tp untuk keselesaan sendiri dan kemudahan family nk datang bertandang aku tahankan aje.. duduk rumah pun beberapa jam aje.. tempat kerja dah jadi rumah utama da.. ngeh...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...