Selasa, 22 Mac 2011

Isu: boleh ke tidak Nikah di Masjid??

Patutler lately ramai yg bercerita pasal nikah kat Masjid nie boleh ker tidak..
berikut adalah penjelasan yang telah dipetik dr berita harian yer

ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.

“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07 juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam. -
Berita Harian


Jadi, ianya tak salah yer kawan-kawan.. Tapi personal opinion Mumun la kan.. boleh nikah kat masjid sebab memudahkan kerja pak imam tu, sekali kau orang pilih tarikh yang pak imam tu kene kasi gegar tangan pengantin lelaki tu sampai berpuluh orang sehari tak berpeluh ketiak pak imam tu nk pergi umah sorang-sorang? hahahaha

lu pikir sendiri.. belum lagi kang mak pengantin soh makan lagi.. pak imam sosat tak jumpe umah pengantin ker.. jalan jem ker.. hihi..

tapi yang tak berkenan nyer, pengantin pengantin sekalian beradab sopan sket yer kalau nk nikah kat masjid tu.. jangan kang elok2 kat masjid korang pi bercium2 plak dalam tu.. hey get a room ler.. tak menyabo.. alamak tetibe teringat semalam baca berita laki kris dayanti terus2 xtahan cium bibir kriss oo.. sabo ler broo,, tak lari beb.. hahahaha.. sebab nie la kot yg jadi isu tu...

toing toing.. tak baik ngumpat.. hak3..
psst:: mumun takda lagi perancangan ler ke arah itu.. hajat di hati memang mahu taaapiii bajet takdak!!!! hahahaha.. cube jelaskan kat sini bang!! hahaha.. beng!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...