Sabtu, 19 Jun 2010

Tutorial - Pasang Iklan Nuffnang


Hari nie, Mumun nak try buat Tutorial lg..
Sebenarnya tak pandai pun..
Tapi sekadar nk berkongsi dengan rakan2 yang mungkin masih belum lagi memasang Nuffnang nie..
Sebenarnya adik2 Mumun sendiri bising soh buatkan..
Memula soh diorg buat sendiri tp FAIL!
Sabar jer, Mumun gak ler yg buat..
Tapi since semalam Iklan Nuff Mumun hilang Mumun try la buat untuk korang yer..
Tapi aci tak kalau coy paste dr Nuffnang sendiri? Sikit jer la..
Tak faham contact mumun balik erk..

Langkah 1: Log masuk ke Nuffnang



Langkah 2: Click Add Ads seperti di dalam gambar


Langkah 3: Log masuk ke akaun Blogger anda

Log masuk ke dalam akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/start. Jika anda masih belum mendaftar akaun, sila klik pada pautan pendaftaran Register dalam halaman yang sama dan sila ikut arahan yang dipaparkan bagi mencipta akaun baru anda.

Langkah 4: Masuk ke halaman Layout 

Setelah anda log masuk, anda akan dibawa ke halaman Dashboard. Anda akan dapat melihat senarai blog yang anda telah reka di bawah bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' di bawah blog yang anda ingin memasang unit iklan Nuffnang. 



Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut. 


Langkah 5: Memasang unit iklan Nuffnang 

Sila ikut arahan di bawah bagi memasang setiap unit iklan Nuffnang di dalam templat blog anda. Sebelum bermula, sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan:

  1. Memasang Unit Iklan Leaderboard:
    - Salin kod bagi unit iklan Leaderboard daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks sebaik selepas tag .

  2. Memasang Unit Iklan Skyscraper:
    - Salin kod bagi unit iklan Skyscraper daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut.
     
  3. Memasang Unit Iklan Large Rectangle:
    - Salin kod bagi unit iklan Large Rectangle daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut.  
  4.  


  5. Setelah siap, klik pada butang 'Save Template' bagi mengemaskini templat blog anda.
    *nota: Sekiranya anda ingin melihat previu templat yang telah diubah, anda boleh klik pada butang 'Preview'. Sila ambil perhatian yang anda akan dapat melihat mesej ralat di dalam unit iklan Nuffnang dan ini adalah selamat untuk dibiarkan. Mesej ralat tersebut tidak akan dipaparkan setelah anda mengemaskini templat anda.

Langkah 6: Previu unit iklan Nuffnang

  1. Setelah unit-unit iklan Nuffnang dipasang dengan betul, berikut adalah contoh bagaimana ia akan dipaparkan dalam blog anda (bagi konfigurasi asal)


Ops nak senang cr try cari dengan tekan Kekunci "Ctrl+F"
Oke dah Siapp!!
Selamat Mencuba..
Esp kak Min.. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...