Oh ya Suka kwn Mumun ckp cmnie:
warga Melaka, kot ye pun marahkan nyamuk jgn ler kelambu dibakar.. kan dah jerebu.. haha
Okey, Sini Mumun nk share sedikit info
Jerebu nie boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti
- Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk
- Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas
- Kegatalan kepada kulit
- Hidung berair dan bersin
- Mata merah, pedih dan gatal mata
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit : asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
- Sentiasa berada didalam bangunan dan rumah. Kurangkan aktiviti luar daripada bangunan dan rumah. Jangan buka tingkap bagi mengelakkan jerebu masuk ke dalam bangunan dan rumah.
- Minum banyak air.
- Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah.
- Memakai topeng muka yang bersesuaian terutama kepada pengguna motosikal, mereka yang bekerja diluar bangunan dan kumpulan berisiko tinggi. Topeng bersesuaian adalah yang mampu menapis habus dan hama di udara. Dapatkan ia di farmasi.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti sukan luar.
- Jangan merokok didalam rumah.
- Perokok dinasihatkan berhenti merokok sekiranya tahap melebih 100 IPU.
- Sekiranya tahap mencapai keadaan sangat tidak sihat dan berbahaya, langkah-langkah meninggalkan kawasan berjerebu perlu diambil bagi kumpulan berisiko tinggi.
- Jangan melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan lagi memburukan keadaan. Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar sekiranya ada berlaku pembakaran terbuka.