Isnin, 15 November 2010

22 Jemaah haji Malaysia meninggal

MEKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia. Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.
sumber-mymetro

Takziah buat keluarga jemaah haji.. Apa khabar agaknya kak ekin ya, semoga selamat pergi dan kembali dan semoga mendapat haji yg mabrur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...