Khamis, 23 September 2010

Berita: Ah aku masih sayang bang.. haha

Ada sesiapa yg ingat lagi kes Allayarham adik Syafiah Humaira 3 tahun yang dipercayai dibunuh oleh teman lelaki ibunya sendiri tu?  Sadis kan.. sampai ati die buat budak 3 tahun macam tu.. Die kan budak2, apa lah sangat pun.. Tapi tak heran la kan.. Mumun heran dengan mak die nie sekarang.. Pergh sayang lagi siot ngan Mohd Fazli Azri yang jugak pemandu teksi tu walaupun dah unuh anak die.. Beruntung ek die? Alasan teman wanita die sebab masih sayang ooo.. kalau dah kau sayang apa bende jahat yg dah org yg die syg tu buat kau mana nk percaya.. Oh cinta, kenapa kau nie buta.. hahaha.. sudah jgn kau masuk dalam kisah peribadi ah..
 






Baca petikan berita lagi...


Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.

Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.

Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk,"

Sumber Berita Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...